Posted by: aye83 | May 23, 2009

Hasbunalloh wa ni’mal wakiil

Bismillahi rahmani rahim

Memang benarlah firman Allah swt dan sabdaan Rasul-Nya,

Surah Ibrahim ayat 7 bermaksud : “Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.”

Baginda bersabda ”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.” riwayat tabrani

Hampir empat minggu aku menanti jawapannya, Alhamdulillah, jawapannya positif. Semoga Allah melurus dan memudahkan ‘jalan’ kami dalam menuju ‘redho’-Nya.

Amien…

“Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” - (Surah an-Nahl, ayat 18)

Posted by: aye83 | April 27, 2009

Mudahan ni satu Rahmat

Aku sangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan di tengahari… Tanggal 27 april 2009 benar-benar memusnahkan impian yang telah ku dambakan…  Ya Allah, tabahkan hati ini untuk mengharungi hari-hari yang mendatang tanpanya….

Posted by: aye83 | April 11, 2009

Aku ‘tercicir’

Astafirullah…. aku mula muhasabah diri, mengapa dan kenapa aku tak berjaya ‘meluangkan’ masa untuk bersama sahabat dalam program himpunan belia dan kempen serti pas pagi tadi (11 april) di stadiusultan muhammad 4.  Terlampau penting sangatkah ‘urusan’ aku pagi tadi sehingga sorang sahabat mengajak pun aku memberi beberapa alasan? Allah jua yang tahu, menyesal dan kesalnya aku. Mudahan ini kali pertama (seingat aku tak) dan kali terakhir (boleh pecaya ke) aku ‘tercicir’…

 

Nik Aziz terharu apabila artis berhijrah

Oleh Salma Husin
Foto: Reza Taha

KOTA BHARU, 11 April: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.

Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.

“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.

“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.

Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.

Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.

Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.

Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi. Siasahdaily.

Posted by: aye83 | April 9, 2009

Senarai Kabinet Pak Najib

PUTRAJAYA: Senarai Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:

Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:

Datuk M.Saravanan – Bernama

Posted by: aye83 | March 22, 2009

WAHAI UMAT QURAN

tok_guru_nik_aziz-1

Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan ini runtuh, agar hubungan bumi dengan langit tidak patah atau terputus”.

(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan,barisan dan kesatuan umat!
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala!
Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa. Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!
Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini. Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini.
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat!
Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu daripada maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda. Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!
Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dan manusia. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan pegangan? Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah. Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.

Haza dzikrun!
Inilah enam peringatan dan enam arahan!
Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

Dipetik daripada buku usrah dan dakwah: Hassan albanna

Posted by: aye83 | March 18, 2009

Seloka Buat Minah Dedah

Empat bulan lepas, perkara yang benar-benar mmbebani hati aku untuk tinggalkan kerja di Ibupejabat perhutanan semenanjung malaysia (JPSM) dan berpindah kerja di kampung halaman adalah teman-teman seperjuangan (pas putrajaya) di samping rakan-rakan sekerja di JPSM. Tetapi, atas naluri aku seorang anak, aku merasakan inilah saat terbaik untuk aku ‘mendampingi’ diri bersama kedua orang tua ku yang usianya sudah melebihi separuh abad. Aku tahu di usia sebegini (25thn) sepatutnya aku berkelana di ibukota untuk menimba ilmu dan pengalaman sebagai bekalan di sepanjang ‘perjalanan’.  Alhamdulillah dah 5 kali aku memperolehi gaji dari compeni aku ni (KFI). Walaupun gajinya tak sebesar gaji aku di JPSM, tetapi aku sagat berpuas hati sebab pada masa yang sama aku mampu memberi ‘ihsan’ pada kedua orang tua ku, famili angkat ku dan orang kampung ku. Paling tidak pun aku boleh jadi imam solat fardhu kat masjid sambil beri tazkirah lebih kurang dari ilmu yang sedikit di dada. :-D

Tapi sedikit aku terkilan, apa tidaknya, aku ingatkan bila aku meninggalkan kotaraya, aku dapat ‘mendamaikan’ pemandangan kedua mata ku dari melihat ‘body-body’  yang tidak halal bagiku. Astafirullah, semoga Allah memelihara saudara-saudara prempuan ku dari ‘kemaksiatan’ ini. Hmm… aku mebuat satu pernilaian, bumi bertuah ku, Kg Golok Semerak, perlu diselamatkan, ’satu golongan’ perlu bangkit dalam membawa kalimah, amal bi makruf nahi ani mungkar.

Ya Allah, kurniakan aku teman-teman sefikrah yang komited meperjuangkan agama Mu…

 

Seloka ini aku copy-paste buat ‘minah dedah’..

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

Posted by: aye83 | March 18, 2009

Muslimat cenderung kahwin awal?

Oleh safa atma

 Artikel ini adalah respon bagi menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan oleh sesetengah pihak, mengapa perlu kahwin awal?. Saya rasa terpanggil untuk memberi respond tentang perkara tersebut. Tetapi saya lebih menyentuh kepada persoalan mengapa muslimat mahu kahwin awal. Ada pihak yang membuat bermacam-macam andaian mengapa perkara tersebut boleh berlaku dan adakah ianya disebabkan oleh budaya di satu-satu tempat atau sebaliknya. Di sini saya ingin berkongsi sedikit fikrah bagi menjelaskan keadaan tersebut.

Seperti yang kita semua maklumi bahawa disyariatkan pernikahan itu adalah untuk menjaga kemaslahatan umat dan banyak perkara kebaikan lagi yang telah ditetapkan di dalam syariat. Jika ingin diceritakan kesemuanya sudah tentu ianya melalui perbahasan yang panjang. Jadi untuk meringkaskan topic ini saya akan nyatakan beberapa alasan dan pandangan yang boleh kita kongsikan bersama. Kita biasa mendengar persoalan yang timbul, mengapa muslimat atau siswi yang belajar agama terutama di asia barat lebih cenderung untuk kahwin awal dan melimitkan tempoh akhir usia ‘bujang’ kepada 25 tahun. Sudah tentu ianya menjadi tanda Tanya bagi sesetengah pihak. Maka timbullah bermacam-macam jenis andaian. Ada yang mengatakan bahawa takut dilabelkan ‘AN-DAR-TU’ dan banyak lagi istilah-istilah yang timbul.

Kebiasaan tersebut kadang-kala boleh menimbulkan suasana dan budaya yang tidak berapa menyenangkan. Namun sebenarnya bagi muslimat itu sendiri mempunyai sebab dan alasan. Walaupun tidak semua yang berfikiran sedemikian tetapi saya berharap agar muslimat yang sudah berumahtangga dan yang masih bujang dapat memikirkan apa yang akan saya nyatakan ini. Jika pendapat ini salah dan bertentangan maka tegurlah. Sebenarnya faktor kahwin awal dan melimitkan usia tertentu adalah kerana muslimat itu mempunyai perancangan dalam kehidupan dan berfikiran jauh. Selaku umat Islam kita mesti mempunyai perancangan jangka panjang dalam kehidupan. Perancangan yang dimaksudkan adalah bagaimana meneruskan kehidupan selaku seorang muslimat. Bagi seorang muslimat yang mempunyai kefahaman agama yang mendalam sudah tentu faham akan apa yang perlu dilakukan.

Factor tersebut dilihat daripada banyak aspek antaranya aspek kesihatan, umur, kewangan dan sebagainya. Saya lebih menjurus kepada antara salah satu tujuan perkahwinan adalah meramaikan umat Islam kerana Rasulullah sukakan umatnya yang mengikut sunnah Baginda seterusnya menjaga kelangsungan agama Islam itu sendiri. Jika dilihat dari factor kesihatan tempoh kehamilan wanita adalah sehingga usia 40 tahun kerana selepas dari usia tersebut akan menimbulkan bermacam-macam risiko kepada wanita tersebut. Jadi cuba anda fikirkan jika seseorang muslimat itu telah memilih tempoh akhir untuk berkahwin ketika usia 25 tahun, maka berapa kalikah kehamilan dan kelahiran yang boleh dirancang?? Dari kaedah penyusuan pula tempoh paling baik adalah dengan tempoh 2 tahun ke bawah. Bukan pendapat dari doctor perubatan sahaja. Tetapi konsep itu juga ada di dalam agama Islam. Salah satu hikmah dari penyusuan bayi kepada 2 tahun itu adalah boleh menjarakkan kelahiran kepada 2 tahun. Dan jarak tersebut boleh memberi kerehatan fizikal dan mental bagi wanita tersebut. Maka cuba anda kira berapa ramai anakkah yang boleh dilahirkan oleh wanita tersebut jika dia berkahwin dalam usia 25 tahun dan mendapat anak pada usia 26 tahun kemudian mengehadkan kehamilan ketika berusia 40 tahun? Jawapannya adalah 8 orang. Jumlah tersebut adalah mengikut cara yang telah dinyatakan di atas. Jika tidak percaya cubalah hitungkan semula. Itulah antara faktor-faktornya. Jadi bagi merancang kehidupan dan memikirkan kelangsungan agama Islam itu sendiri saya membawa anda semua untuk memikirkan perkara tersebut. Sebenarnya semua yang dilakukan itu perlu kembali kepada niat seseorang. Jika niat kita IKHLAS untuk meraih keredhaan ALLAH maka segala amalan menjadi ibadah malahan mendapat ganjaran di sisinya.  Teruskan hidup dan perjuangan demi Islam!

 

Komen aye83..

So bermakna, kalau aku mahu 9 orang anak, aku kena cari isteri yang berumur 23thn atau lebih muda lagi. Contohnya kalau die umur 23thn, die kena beranak pada umur 24, 26, 28, 30, 32, 34, 36, 38, dan umur 40thn. :-)

Wah-wah, ni dah buat bini jadi macam ‘kilang’ anak…  takpe-takpe, sebab rasulullah suka pada perempuan yang boleh beri banyak anak. Tapi takpe, kalau bini aku nanti ‘gerun’ nak beranak ramai, aku ugutlah nak tambah ‘kilang’ lagi. sebab kalau boleh buka tiga ‘kilang’, bermakna 3 orang je setiap kilang kena keluar untuk capai target, so taklah membenankan sangat kan….. hehe., :-D    ada berani???

Posted by: aye83 | March 17, 2009

Islam Membina Umat Cemerlang.

SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A
 
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) – Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2). Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

Image “Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus,” katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi. Image

“Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami,” ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

“Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya,” kata beliau. – mj _

PENGKALAN CHEPA, 15 Mac (Hrkh) – Kejayaan pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri.

Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.

Kejayaan itu merupakan rekod kedua di alaf baru apabila pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Hari ini anak nelayan dari Kampung Sabak dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, petang Khamis lalu telah dikunjungi anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.Image

Sebagai menghargai kejayaan tersebut Menteri Besar menawarkan satu lot dan rumah kepada keluarga nelayan tersebut bagi membolehkannya tinggal dalam keadaan lebih selesa.

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 juga dari Maahad Muhammadi Perempuan turut memperolehi keputusan cemerlang 17A.

Apa yang menggembirakan lot dan rumah bernilai RM130,000 sumbangan kerajaan negeri kepada keluarga cemerlang itu akan dibina Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Taman Perumahan Kurnia Jaya.

Menteri Besar ditemani Setiausaha Sulit Khasnya, Mohd Rusdi Abdullah mengunjungi rumah pelajar terbabit di Kampung Parang Punting, dekat Sabak.

Pada kunjungan tersebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada keluarga terbabit.

Bercakap kepada pemberita selepas itu Menteri Besar mengalu-alukan pihak luar yang berhajat untuk membantu keluarga terbabit khususnya Nik Nur Madihah.

Image “Tak kiralah siapapun berhajat untuk memberi bantuan, bantulah,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan pelajar cemerlang berkenaan melanjut pengajian ke Timur Tengah bagi membolehkan menguasai bahasa Arab dengan mudah dan cepat.

Sementara itu, ibu Nik Nur Madihah, Noraini Omar, 42 mengucap terima kasih kepada kerajaan negeri yang bersedia menawarkan lot dan rumah baru kepada mereka.

Katanya, walaupun anak sulung itu pernah berazam untuk membeli rumah bagi keperluan keluarga apabila bekerja nanti, namun Allah telah mengurniakannya lebih awal hasil kecemerlangannya.

“Terima kasih banyak-banyak, saya tak tahu apa nak diucapkan lagi, ini pun dah banyak sumbangan yang diberikan,” ujarnya. – mj _

 

Syabas buat mereka semua, mereka bukan sahaja ‘memberi nama’ pada diri mereka dan keluarga sahaja, tetapi pada tanah air, malah lebih mulia dari itu, iaitu mengharumkan nama ‘ISLAM’ yang mereka anuti dan teladani.

Syukur pada pemilik segala ‘empunya’.

 

Lirik Nasyid dari kumpulan Suara Firdaus :-

 

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

 

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada ALLAH Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh!

 

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat

Wawasan dunia dan Akhirat

 

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

 

Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama

Bekalan masa depan dan Akhirat

Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH

 

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan

Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Posted by: aye83 | March 11, 2009

Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

 

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

 

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

 

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

 

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

 

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

 

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

 

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.

 

“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan ‘jadi’ itu?

 

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.
Posted by: aye83 | March 10, 2009

Gambar Himpunan 7 Mac



Orang ramai mula berkumpul di Masjid Negara

Kelihatan Sasterwan Negara Dato’ A. Samad Said berada ditengah-tengah orang ramai
Mula berarak keluar dari kawasan Masjid Negara. Polis tidak mampu menghalang kemaraan orang yang terlalu ramai

Kumpulan dari Sogo yang diketuai oleh YB Salahuddin

Student GAMIS
Student PKPIM membawa keranda 152 sempena memperingati peristiwa keranda 152 pada 3 Mac 1967
Lautan Manusia membanjiri Ibukota menunjukkan penolakan dasar PPSMI. Kerajaan tidak sepatutnya meremehkan dan mengabaikan penolakan dasar ini.

Kanak-kanak inilah yang bakal menerima kesan pelaksanaan PPSMI pada masa akan datang

“PPSMI pengkhianat Bahasa Melayu” – Kelihatan ramai anak muda turun menyokong pemansuhan PPSMI
Unit Amal yang sentiasa menjalankan tugasnya, menjadi benteng dan barisan depan

Polis FRU yang menjadi robot tidak berperasaan setiap kali demonstrasi

FRU bersedia melepaskan gas pemedih mata kearah orang ramai

Peluru gas jatuh betul-betul di tengah orang ramai menyebabkan barisan terputus dua

Suasana di Kuala Lumpur menjadi huru hara bila polis sombong dan keras kepala. Ini tidak akan jadi jika pihak polis memberi kerjasama yang baik
Orang ramai bertempiaran bagi mengelakkan gas yang memedihkan ini

Orang ramai berdoa memohon pertolongan dan menghancurkan penzalim-penzalim durjana

Salah seorang yang pengsan akibat terhidu gas pemedih mata

Orang ramai cuba terus maju kehadapan untuk menghampiri istana

Orang ramai menggelonsor menuruni bukit selepas terkena gas

Kelihatan Dr Lo’ Lo’ Ahli Parlimen Titiwangsa

Orang ramai mula balik ke Masjid Negara selepas diarahkan oleh ketua komander
Puas hati dengan himpunan kali ini walaupun tidak berjaya menghampiri Istana Negara

Kelihatan Cikgu Azmi, Tuan Guru Abd Hadi, Ust Nasarudin, Hanipa dan Mahfuz berehat di Masjid Negara selepas himpunan

Kelihatan muka Tuan Guru Presiden merah akibat terkena gas pemedih mata

Older Posts »

Categories