Posted by: aye83 | March 18, 2009

Muslimat cenderung kahwin awal?

Oleh safa atma

 Artikel ini adalah respon bagi menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan oleh sesetengah pihak, mengapa perlu kahwin awal?. Saya rasa terpanggil untuk memberi respond tentang perkara tersebut. Tetapi saya lebih menyentuh kepada persoalan mengapa muslimat mahu kahwin awal. Ada pihak yang membuat bermacam-macam andaian mengapa perkara tersebut boleh berlaku dan adakah ianya disebabkan oleh budaya di satu-satu tempat atau sebaliknya. Di sini saya ingin berkongsi sedikit fikrah bagi menjelaskan keadaan tersebut.

Seperti yang kita semua maklumi bahawa disyariatkan pernikahan itu adalah untuk menjaga kemaslahatan umat dan banyak perkara kebaikan lagi yang telah ditetapkan di dalam syariat. Jika ingin diceritakan kesemuanya sudah tentu ianya melalui perbahasan yang panjang. Jadi untuk meringkaskan topic ini saya akan nyatakan beberapa alasan dan pandangan yang boleh kita kongsikan bersama. Kita biasa mendengar persoalan yang timbul, mengapa muslimat atau siswi yang belajar agama terutama di asia barat lebih cenderung untuk kahwin awal dan melimitkan tempoh akhir usia ‘bujang’ kepada 25 tahun. Sudah tentu ianya menjadi tanda Tanya bagi sesetengah pihak. Maka timbullah bermacam-macam jenis andaian. Ada yang mengatakan bahawa takut dilabelkan ‘AN-DAR-TU’ dan banyak lagi istilah-istilah yang timbul.

Kebiasaan tersebut kadang-kala boleh menimbulkan suasana dan budaya yang tidak berapa menyenangkan. Namun sebenarnya bagi muslimat itu sendiri mempunyai sebab dan alasan. Walaupun tidak semua yang berfikiran sedemikian tetapi saya berharap agar muslimat yang sudah berumahtangga dan yang masih bujang dapat memikirkan apa yang akan saya nyatakan ini. Jika pendapat ini salah dan bertentangan maka tegurlah. Sebenarnya faktor kahwin awal dan melimitkan usia tertentu adalah kerana muslimat itu mempunyai perancangan dalam kehidupan dan berfikiran jauh. Selaku umat Islam kita mesti mempunyai perancangan jangka panjang dalam kehidupan. Perancangan yang dimaksudkan adalah bagaimana meneruskan kehidupan selaku seorang muslimat. Bagi seorang muslimat yang mempunyai kefahaman agama yang mendalam sudah tentu faham akan apa yang perlu dilakukan.

Factor tersebut dilihat daripada banyak aspek antaranya aspek kesihatan, umur, kewangan dan sebagainya. Saya lebih menjurus kepada antara salah satu tujuan perkahwinan adalah meramaikan umat Islam kerana Rasulullah sukakan umatnya yang mengikut sunnah Baginda seterusnya menjaga kelangsungan agama Islam itu sendiri. Jika dilihat dari factor kesihatan tempoh kehamilan wanita adalah sehingga usia 40 tahun kerana selepas dari usia tersebut akan menimbulkan bermacam-macam risiko kepada wanita tersebut. Jadi cuba anda fikirkan jika seseorang muslimat itu telah memilih tempoh akhir untuk berkahwin ketika usia 25 tahun, maka berapa kalikah kehamilan dan kelahiran yang boleh dirancang?? Dari kaedah penyusuan pula tempoh paling baik adalah dengan tempoh 2 tahun ke bawah. Bukan pendapat dari doctor perubatan sahaja. Tetapi konsep itu juga ada di dalam agama Islam. Salah satu hikmah dari penyusuan bayi kepada 2 tahun itu adalah boleh menjarakkan kelahiran kepada 2 tahun. Dan jarak tersebut boleh memberi kerehatan fizikal dan mental bagi wanita tersebut. Maka cuba anda kira berapa ramai anakkah yang boleh dilahirkan oleh wanita tersebut jika dia berkahwin dalam usia 25 tahun dan mendapat anak pada usia 26 tahun kemudian mengehadkan kehamilan ketika berusia 40 tahun? Jawapannya adalah 8 orang. Jumlah tersebut adalah mengikut cara yang telah dinyatakan di atas. Jika tidak percaya cubalah hitungkan semula. Itulah antara faktor-faktornya. Jadi bagi merancang kehidupan dan memikirkan kelangsungan agama Islam itu sendiri saya membawa anda semua untuk memikirkan perkara tersebut. Sebenarnya semua yang dilakukan itu perlu kembali kepada niat seseorang. Jika niat kita IKHLAS untuk meraih keredhaan ALLAH maka segala amalan menjadi ibadah malahan mendapat ganjaran di sisinya.  Teruskan hidup dan perjuangan demi Islam!

 

Komen aye83..

So bermakna, kalau aku mahu 9 orang anak, aku kena cari isteri yang berumur 23thn atau lebih muda lagi. Contohnya kalau die umur 23thn, die kena beranak pada umur 24, 26, 28, 30, 32, 34, 36, 38, dan umur 40thn.🙂

Wah-wah, ni dah buat bini jadi macam ‘kilang’ anak…  takpe-takpe, sebab rasulullah suka pada perempuan yang boleh beri banyak anak. Tapi takpe, kalau bini aku nanti ‘gerun’ nak beranak ramai, aku ugutlah nak tambah ‘kilang’ lagi. sebab kalau boleh buka tiga ‘kilang’, bermakna 3 orang je setiap kilang kena keluar untuk capai target, so taklah membenankan sangat kan….. hehe., :-D   ada berani???


Responses

  1. Rasulullah s.a.w memperingatkan, ” Apabila datang kepada mu seorang lelaki (untuk meminang) yang engkau redhai terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakkan yang merata di bumi,” (HR Termizi dan Ahmad)

  2. copy-paste..

    Rasulullah Saw. telah berpesan, “Wahai Ali, ada tiga perkara yang jangan kau tunda-tunda; shalat apabila telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya.” (HR. Ahmad).

    Lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki, atau bisa jadi merupakan cerminan dari tidak adanya sifat qana’ah (mencukupkan diri dengan yang ada). Alih-alih ingin hidup bahagia, kita tunda pernikahan karena menunggu kemapanan. Alih-alih mempertimbangkan pendidikan anak-anak kelak, kita tolak pinangan sampai ia mantap dalam pekerjaan, sehingga akad nikah itu tak kunjung datang.

    Suatu ketika ada yang datang menemui al-Hasan, cucu Rasulullah Saw., ia ingin bertanya, sebaiknya dengan siapa putrinya menikah. Maka al-Hasan berkata, “Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Sebab jika laki-laki itu mencintainya, ia pasti memuliakannya; dan jika ia tidak mencintainya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya.”

    Nasihat al-Hasan ini menuntun kita untuk membenahi pikiran. Bila engkau merindukan suami yang mencintaimu setulus hati, jangan salah menata hati. Orang yang memberi perhatian hangat sebelum engkau akad, belum tentu dapat menjadi tempat buat curhat di saat engkau punya beban jiwa yang berat. Kadang kita dengan mudah jadi mabuk kepayang hanya karena ia bilang sayang, padahal cintanya lekas hilang dan perhatiannya cepat melayang. Tetapi jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tak ada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.

  3. nak reply komen :
    Komen aye83..

    So bermakna, kalau aku mahu 9 orang anak, aku kena cari isteri yang berumur 23thn atau lebih muda lagi. Contohnya kalau die umur 23thn, die kena beranak pada umur 24, 26, 28, 30, 32, 34, 36, 38, dan umur 40thn.🙂

    Wah-wah, ni dah buat bini jadi macam ‘kilang’ anak… takpe-takpe, sebab rasulullah suka pada perempuan yang boleh beri banyak anak. Tapi takpe, kalau bini aku nanti ‘gerun’ nak beranak ramai, aku ugutlah nak tambah ‘kilang’ lagi. sebab kalau boleh buka tiga ‘kilang’, bermakna 3 orang je setiap kilang kena keluar untuk capai target, so taklah membenankan sangat kan….. hehe.,😀 ada berani???

    salam…
    ” innama a’malu binniat” !!!
    saya xsuka lelaki yg bercakap begini!!! xkira la dalam nada gurauan ataupun betul2 meniatkannya!!! cakap itu suatu doa… dan kata2 ini menunjukkan mereka ingin jugak ade mak tiri… relakah anda, ibu yang anda sayangi di dua tigakan??? huh??? cakap tu pikir lah…
    maaf, terlalu emosi kerana jijik dgn LELAKI yg tega BERKATA begitu…..
    tahukah kamu bahawa alasan yg diberikan perempuan @ isteri, kenapa xmahu beranak ramai itu???? apakah kamu menyelidikinya sebelum bernikah atau setelah menikahinya?? cuba tanya pada ibu kamau dulu… atau mak mertua…atau makcik2 atau teman2 lain…..
    nilaikan & tafsirkan jawapan mereka…kalau bole try buat research…. ada berani??? (kamu pikir lah sendiri…)

  4. trima kasih ukhti anna…🙂
    insya’Allah, kl rezeki sy, dapatlah sy perolehi 9 orang anak… tak kesah lah sorang ibu @ lebih… hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: