Posted by: aye83 | March 10, 2009

Gambar Himpunan 7 Mac



Orang ramai mula berkumpul di Masjid Negara

Kelihatan Sasterwan Negara Dato’ A. Samad Said berada ditengah-tengah orang ramai
Mula berarak keluar dari kawasan Masjid Negara. Polis tidak mampu menghalang kemaraan orang yang terlalu ramai

Kumpulan dari Sogo yang diketuai oleh YB Salahuddin

Student GAMIS
Student PKPIM membawa keranda 152 sempena memperingati peristiwa keranda 152 pada 3 Mac 1967
Lautan Manusia membanjiri Ibukota menunjukkan penolakan dasar PPSMI. Kerajaan tidak sepatutnya meremehkan dan mengabaikan penolakan dasar ini.

Kanak-kanak inilah yang bakal menerima kesan pelaksanaan PPSMI pada masa akan datang

“PPSMI pengkhianat Bahasa Melayu” – Kelihatan ramai anak muda turun menyokong pemansuhan PPSMI
Unit Amal yang sentiasa menjalankan tugasnya, menjadi benteng dan barisan depan

Polis FRU yang menjadi robot tidak berperasaan setiap kali demonstrasi

FRU bersedia melepaskan gas pemedih mata kearah orang ramai

Peluru gas jatuh betul-betul di tengah orang ramai menyebabkan barisan terputus dua

Suasana di Kuala Lumpur menjadi huru hara bila polis sombong dan keras kepala. Ini tidak akan jadi jika pihak polis memberi kerjasama yang baik
Orang ramai bertempiaran bagi mengelakkan gas yang memedihkan ini

Orang ramai berdoa memohon pertolongan dan menghancurkan penzalim-penzalim durjana

Salah seorang yang pengsan akibat terhidu gas pemedih mata

Orang ramai cuba terus maju kehadapan untuk menghampiri istana

Orang ramai menggelonsor menuruni bukit selepas terkena gas

Kelihatan Dr Lo’ Lo’ Ahli Parlimen Titiwangsa

Orang ramai mula balik ke Masjid Negara selepas diarahkan oleh ketua komander
Puas hati dengan himpunan kali ini walaupun tidak berjaya menghampiri Istana Negara

Kelihatan Cikgu Azmi, Tuan Guru Abd Hadi, Ust Nasarudin, Hanipa dan Mahfuz berehat di Masjid Negara selepas himpunan

Kelihatan muka Tuan Guru Presiden merah akibat terkena gas pemedih mata

Advertisements
Posted by: aye83 | March 5, 2009

:: WaNiTa SoLeHaH iDaMan MuJaHiD ::

Aku copy-paste dri laman Ukhti Durrah.. 🙂

“Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh….Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah…”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati.

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah.

Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatankepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku…pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul…

” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.”(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.

Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi.

Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya” Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah.

Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im.

Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

 

Insya’Allah,malam ni aku akan bertolak ke KL untuk sama-sama turut serta dalam himpunan rasaksa pertama l di tahun 2009 ini..

logo-gmp


Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Himpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang. GMP telah menetapkan tiga lokasi tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti berikut :

1. Pusat Perniagaan SOGO
2. Centrel Market
3. Masjid Negara


Tarikh: 7 Mac 2009

Masa: 2 Petang

Nota: Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan “BAJU PUTIH” yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI

Posted by: aye83 | March 4, 2009

Sejenak di kolam

Projek ikan keli semankin menampakan hasil..

img_0208

Bacth pertama (17 Feb 2009), 8 kolah bersaiz 13 x 7 kaki, iaitu 1,3oo ekor setiap satu kolah.

 

img_0211

Posted by: aye83 | February 25, 2009

Pagi Yang Rahmat

Alhamdulillah, Jam 5.30 a.m pagi tadi aku selamat sampai rumah setelah kul 12 mlm bertolak dari serdang/upm. Adui, nak patah pingan aku rasa, yelah malam kemarin datang KL/Serdang dengan bas, then malam tadi terpaksa drive sendiri dengan Hilux kompenin… Kedatangan aku ke KL ini atas urusan kerja kompenin… next post aku share ye.. 🙂

Aku bertolak balik kelantan malam tadi lewat sikit sebab ‘atas permintaan’ akhwat upm yang minta aku share sedikit pandangan untuk mengerakkan Biro Ekonomi diorang. Aku cukop tidak berkenang apabila dorang terlalu series nak melabur dalam sebuah kompenin di kelantan yang aku sedikit arif mengenai urusan pelaburan meraka. Hmmm… sebagai altenatif, aku memberi beberapa cadangan kat dorang untuk menambah dana kewangan biro, antaranya:-

  1. Menjadi stokis Permata Hijrah, dengan modal belian 10 ribu, aku akan beri dorang 40% diskaun. So bermakna mereka akan memperolehi 4ribu ringit after selesai menjual produk pada nilaian RM10 ribu. Aku rasa  cukop yakin dorang dorang boleh buat sales. Sebab permintaan terhdap produk ni sangat memberasangkan akhir-akhir, apatah lagi selepas ini nama dorang akan tersenarai dalam iklan dan wakil pengedar syarikat permata hijrah.
  2. Cadangan kedua pula aku ofer kat dorang, bisnes trading punya style, aku minta dorang cari market tembikai then direct kepada taukey tu seta tanya berapa harga borong tokey tu beli. So katakan taukey tu beli pada harga RM1.50 sekilo, ini satu perluang, di kampung aku harga borong tembikai sekarang sekitar 80-90 sen sekilo. Bermakna, kalau kita dapat suply tembika ni, kita boleh capai untung sekitar 50 sen sekilo. Banyangkan kalau kita dapat jual 3 tan per trip pun dah ok. Dapatlah untung kasar RM1500, tolak kos transpot sekitar RM5oo, dapatlah RM1000. Then keuntungan ni kita kongsi 50/50… ini dah sangat bagus, kalau kita mampu suply seminggu sekali RM2000 sebulan kita boleh tambah dana.
  3. Aku afer dorang melabur je dalam projek aku. Tapi aku cakap awal-awal, risikonya besar, sbb aku ni baru nak belajar-belajar baru. Sekarang ni dua projek dah ada pelabur iaitu ikan keli dengan tembikai, yang akan datang pula ni projek ketiga, 1ha pisang, ni pun dah ada sahabat yang bersdia untuk melabur. Cuma ke4 je belum dapat lagi, iaitu planing aku untuk buka http://buku2008.wordpress.com/ di alam nyata. Target aku, aku nak buka kedai ni kat nilam puri, sebab aku fikir kat sini sangat strategik…. Wallahu alam….

Dalam diri aku, aku terasa cukop kagum pada muslimat yang aku berbincang ini, komitmennya terhadap ‘ketanggungjawaban’ ini mengatasi segala bebanan study, walaupun dah begelar student final sem, tapi masih tetap komited. All the best untum… Aku percaya, ini semua lahir dari pertarbiyahan yang ‘berterusan’. So di kesempatan ini aku ana share sedikit pekongsian tentang ciri naqib yang berkaber oleh ustaz Nasarudin Tantawi di blognya. 


Ciri-Ciri Naqib Yang Berkaliber

1. Naqib mesti memahami konsep usrah dan perlaksanaanya.

Apabila naqib memahami konsep ini barulah usrah dapat melahirkan out put yang baik. Sekiranya seorang yang menjadi naqib ia sendiri tidak memahami apakah pengertian usrah. Atau pun ia sendiri tidak pernah melalui program usrah. Apa akan terjadi dengan usrah yang dibawa.

Oleh kerana ia tidak memahami konsep usrah maka ia akan bawa usrah seperti ceramah, kuliah, membaca kitab kuning. Ia tidak boleh membawa usrah mengikut kehendak jamaah dan boleh dikaitkan dengan jamaah dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan untuk mengukuhkan jamaah.

Apabila ia memahami konsep usrah maka kesan usrah dapat dilihat. Banyak perkara kelemahan dalam jamaah boleh diatasi. Misalnya ahli usrah lemah dari sudut ukhwah maka ia memberi penekanan dalam usrah mengenai kepentingan ukhwah begitulah seterusnya. Semuanya ini tidak akan dapat dihasilkan sekiranya naqib tidak faham konsep usrah dan tanggungjawab beliau sebagai seorang naqib.

Seperti pepatah Arab menyebut “Orang yang faqir ia tidak boleh memberi apa-apa”.

2. Memahami tasawwur Islam dan gerakan

Naqib/ah mesti memahami Islam dan dasar perjuangan . Naqib mesti memahami Islam dari sumber yang sejati. Kerana Islam ialah suatu peraturan yang meliputi semua lapangan hidup, Islam merupakan negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Islam merupakan kebudayaan, undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman.

Jangan di bawa perkara khilafiah dalam jamaah kerana ini akan membawa perbalahan sesama sendiri. Kefahaman dan keseragaman bertindak dengan ilmu akan memudahkan untuk bertindak. Oleh itu sekiranya seorang naqib yang tidak mempunyai syarat-syarat yang berkenaan akan berhadapan dengan berbagai kesusahan dari kalangan mereka yang berbagai jenis manusia dan kedudukan.

Memahami hati budi orang bawahan dan ini yang perlu diberi penekanan dalam usrah. Jika ahli usrah orang kedekut perbanyakkan hal-hal dan kemuliaan sifat pemurah. Sekiranya mereka orang yang penakut, berikan keutaaman tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Sekiranya anak buah orang yang tidak istiqamah maka terangkan kelebihan orang yang tetap pendirian dan balasan orang tidak tetap pendirian.

3. Ikhlas dalam amal sebagai seorang naqib

Satu perkara yang senang disebut tetapi sukar dilaksanakan ialah ikhlas dalam tindakan dan amal. Perkara inilah yang menjadi kekuatan dan ketahanan kepada seorang naqib. Apabila ia berjaya melazimkan dirinya dengan sifat ini maka ia akan mendatangkan natijah yang baik kepada gerakan Pas.

Hatinya tidak ada yang lain melainkan untuk melihat Islam berdaulat. Mengikhlaskan niat kerana Allah. Hati yang tidak tulus tidak bermakna ketika datang kedalam majlis usrah. Hati yang kotor juga tidak boleh mengeluarkan kesan yang baik kepada usrah.

Firman Allah swt . Maksudnya :

Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang benar

(Al-Bayyinah:5)

Sabda Rasulullah saw

إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرء ما نوى

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang diniatkan

4. Iman yang mendalam

Keyakinan hanya dengan Islam, sekiranya mempunyai ilmu dan kefahaman tetapi iman yang nipis dia tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan untuk perjuangan. Keimanan yang mantap sahaja akan membolehkan ia menghadamkan fikrah perjuangan Islam kepada anak buahnya. Kerana kekuatan jamaah Islam terletak kepada kekuatan iman yang sejati dan mendalam.

Perjuangan tanpa iman yang sejati akan gugur dipertengahan. Bagaimana seorang naqib boleh menerapkan iman kepada anak usrahnya sekiranya beliau masih nipis Iman. Rasulullah SAW menunjukkan bagaimana Iman yang mantap menyebabkan para sahabat sanggup sehidup semati.

Contohnya ketika baginda berhadapan dengan tentera Ahzab, baginda sudah mempunyai cita-cita untuk menawan Rom dan Parsi. Ini satu contoh bagaimana iman yang mantap telah memberi motivasi kepada baginda untuk menaikkan semangat yang waja di kalangan para sahabat.

Firman Allah SWT Bermaksud :

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera ahzab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan kepada kamioleh Allah dan RasulNya, dan benarlah (apa yang telah dijanji oleh) Allah dan RasulNya” dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan dari mereka bulat-bulat kepada Allah.”

(Al-Ahzab: 33:22)

5. Memahami organisasi jamaah.

Naqib yang tidak memahami organisasi dan tabiat jamaah ia hanya bercakap atas awan. Tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Usrah bukan teori tetapi diiringi dengan praktikal.

Sekiranya naqib tidak melibatkan diri dengan Pas ia tidak akan sampai kemana arah perbincanganya. Oleh itu naqib kena memahami struktur organisasi Pas. Jangan seorang naqib tetapi ia sendiri tidak melibatkan dalam oragnisasi pas, ini memumkinkan ia akan membawa ahli jamaah keluar daripada landasan fikrah jamaah.

Bagaimana mungkin ahli usrah hendak melibatkan diri dalam pilihanraya sekiranya naqib sendiri tidak terlibat dalam pilihanraya. Bagaimana jamaah hendak berkembang jika naqib sendiri tidak membawa ahli untuk beriltizam dengan jamaah.

6. Mengeratkan jalinan ukhwah

Naqib perlu melakukan program yang boleh mengeratkan hubungan persaudaraan seperti menziarahi ahli yang sakit atau ditimpa musibah,mengucap tahniah kepada kepada anggota yang berjaya, menolong mereka yang memerlukan, mengucap takziah atas kematian, menghulurkan bantuan kewangan, memberi hadiah sempena hari sahabat mendapat anak atau harijadi .

Sabda Rasulullah SAW :تهادوا تحابوا

Bermaksud : “Berilah hadiah nescaya engkau dikasihi” Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : Allah akan sentiasa dalam (menunaikan) keperluan hamba selagi hamba itu dalam (usaha menunaikan) keperluan saudaranya.

7. Perbanyakkan amalan fardi

Sebagai seorang naqib sudah tentu bebanan dan tugas yang terpaksa dipikul. Oleh itu naqib memerlukan kekuatan rohani agar kita tidak terpesong daripada landasan perjuangan yang telah digariskan oleh jamaah. Apabila kita mempunyai benteng pertahanan ini maka ia akan menjadi asas yang kukuh untuk kita istiqamah dalam perjuangan.

Maklum sahajalah perjuangan Pas yang mempunyai rintangan yang banyak dan banyak pula karenah anak buah maka sudah tentu kita memerlukan kekuatan rohani yang kuat. Oleh itu kita kena menjaga ibadat dengan baik, berzikir dengan banyak, berdoa yang ma’thur, beristighfar kepada Allah dan bersalawat kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup.

Kata-kata Saidina Umar RA : حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Bermaksud “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT

8. Menunjukkan suri teladan yang baik.

Naqib sebagai role model dan diperhati oleh anak buah. Syaksiah dan tingkah laku naqib sering menjadi ikutan dan bualan. Thiqah di kalangan anak buah perlu bagi menjayakan satu usrah. Naqib kena pastikan ia lebih baik daripada anak buah. Samaada dari segi pakaian, percakapan, tingkahlaku, pergaulan, sikap, hal ehwal keluarga, komitmen kita dalam jamaah seperti mesyuarat, menghadiri program jamaah, penglibatan anak-anak kita dalam jamaah semuanya menjadi tontonan di kalangan semua ahli usrah.

Firman Allah SWT Bermaksud :

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir”.

Al-Baqarah:44

9. Benar

Naqib mestilah benar di dalam niat, perkataan dan pekerjaannya jangan sekali-kali ada penipuan atau pendustaan. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Sekiranya naqib tidak benar dalam ucapan dan tindakan maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada usrah yang dipimpin

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :

Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya sifat kebajikan itu membawa ke syurga. Seorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah ia dicatat disisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.

10. Sabar

Tanpa sabar naqib tidak dapat mencapai target yang dicita-citanya, kerana kerja membentuk manusia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi untuk melaksanakannya. Mesti sabar atas karenah ahli usrah yang berbagai ragam dan tindakan kesabaran sahaja yang akan boleh menjayakan perlaksanaan usrah

Firman Allah SWT Bermaksud :

“Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar”.

As-Sajadah:24.
11. Tawaduk

Sifat ini orang ramai lebih senang untuk menerima dan mendengar nasihat atau percakapan kita. Sifat takabur menyebabkan kita terhijab dari kebenaran dan rahmat Allah untuk sampai ke hati manusia. Sifat tawaduk menyebabkan orang lain akan tertarik dengan apa yang kita sampaikan.

Seorang naqib yang mudah bergaul dan tidak sombong dengan ahli usrah akan menambahkan keakrabannya antara mereka. Seorang naqib hendaklah terlebih dahulu menegur ahli usrahnya bukan sebaliknya, supaya menampakkan sifat tawaduk

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :

Tidak akan memasuki syurga sesiapa dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbur

Riwayat Muslim

12. Pemurah

Seorang naqib mesti jangan kikir. Sifat kedekut akan menjauhkan ikatan ukhwah. Biasakan untuk menghulur kepada mereka yang berhajat. Sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Sifat pemurah ini akan membuahkan natijah yang baik.

Sekiranya anak buah usrah saudara orang yang kikir maka latih dan tunjukkan kepada mereka kebaikan orang yang pemurah melalui amalan yang saudara tunjukkan.

Firman Allah SWT : ومن يوق شح نفسه فأولئك هم المفلحون

Bermaksud “Dan siapa yang dipelihara daripada tabiat bakhilnya mereka itulah orang-orang yang berjaya

Al-Hasyr, 59:9

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :

Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dua Malaikat lalu seorang darinya berdoa: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada sihamba yang menafkahkan hartanya”. Manakala Malaikat yang kedua berdoa: Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini”.

13. Suka menolong (ringan tulang)

Saudara menampakkan kepentingan mereka melebihi daripada kepentingan diri saudara. Secara tidak langsung akan menambahkan ikatan kepercayaan di kalangan orang bawahan.

Apabila anak usrah melihat saudara orang yang ringan tulang untuk menolong maka secara tidak langsung akan memberi kepercayaan yang lebih kepada saudara. Peristiwa yang ditunjukkan oleh nabi SAW dalam peperangan Khandak memberi kesan yang mendalam kepada pengikut nabi kerana melihat baginda turut serta menggali parit.

14. Bijak bergaul

Seorang naqib yang baik ia akan bermuayasyah (hidup) dengan ahli usrah. Tidak banyak protokol. Senang di bawa berbincang di kalangan anggota. Jangan ada pilih kasih di kalangan anggota sehingga mereka terasa tersisih daripada kumpulan usrah.

Peranan Dan Tanggungjawab Naqib

1. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan usrah. Dengan itu mereka perlu menunjuk suri teladan yang baik kepada ahli usrah.

2. Berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama, fikrah jamaah.

3. Memastikan kandungan usrah disampai mengikut kehendak usrah dan jamaah.

4. Memastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan organisasi.

5. Memupuk ukwah di kalangan anggota samaada di dalam usrah atau diluar.

6. Menggalakkan mereka supaya melakukan amal ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.

7. Sentiasa menggalakkan ahli usrah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi terhadap Islam dan sanggup melakukakan kerja-kerja amal Islami.

8. Naqib mesti menunjukkan kesungguhan di dalam satu kerja jamaah supaya ia menjadi contoh kepada anak usrahnya seperti menghadiri mesyuarat, program jamaah, program pilihanraya dan sebagainya.

9. Menggalakkan ahli usrah menyediakan tabung usrah supaya dapat melatih ahli untuk menderma walaupun sedikit dan wang ini boleh digunakan sewaktu kecemasan dan membantu meringankan beban di kalangan ahli usrah.

10. Naqib mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat memnyelesaikan konflik organisasi dengan cepat.

11. Memastikan aliran maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli usrah daripada pimpinan tertinggi dapat salur dengan baik.

12. Sentiasa memantau ahli usrah supaya dapat kita melihat potensi diri yang ada pada ahli usrah untuk diletak dan diberi peranan dalam kepimpinan dan amanah dalam jamaah.

13. Menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak diselesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar.

Kesimpulan

Perjalanan usrah yang mengikut method yang sebenar akan berjaya melahirkan mereka yang unggul dari segi peribadi dan agresif dalam melaksanakan kerja-kerja jamaah.

Perlaksanaan usrah yang berkesan banyak bergantung kepada kehebatan naqib yang mengendalikan usrah, kerana ia adalah tunjang kepada perlaksanaan usrah. Sekiranya perlaksanaannya tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh usrah ia tidak akan dapat memberi apa-apa kesan yang baik untuk peribadinya dan juga jamaah.

Posted by: aye83 | February 23, 2009

Oleh kerananya mata..

Sejak aku mendaftar sebagai salah seorang pengedar produk Permata Hijrah (http://www.permatahijrah.com/) aku telah berjaya mengiklankan produk ini di halaman blogku (http://buku2008.wordpress.com/ubat-mata-resdung/). Alhamdulillah, banyak tempahan aku dapat, mungkin hampir 1000 orang yang telah jadi custemerku. Sudah lama aku memikirkan, ‘kerananya mata’ manusia sanggup berhempas pulas, berikhtiar berkorban duit dan masa demi ‘mata’. Subhanallah.. Maha bernilainya ‘kurniaan’ Allah ini. Memang benarlah firman-Nya, bahawa manusia tidak akan sesekali berjaya menghintung nikmat Allah yang ada pada diri mereka, sperti firman-Nya “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiada akan dapat menghitungnya satu persatu;….” (Surah al-Nahl, ayat 18) 

Semoga dengan anugerah ‘mata yang celik’ ini, kita tidak lupa dan leka mensyukuri nikmat-Nya, sepertimana yang telah di tegaskan di dalam surah yang sama iaitu ayat ke 78 “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.”  Ya Allah, perliharakanlah mata kami dari memandang perkara-perkara yang haram di sisi-Mu..

Di kesempatan ini aku ingin share picture-picture yang memperlihatkan keAgongan-Nya.. “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al- Fushshilat]…

buah Kurman lafal Allah
Lafal Allah Pada Jantung Manusia
Lafal Allah terdapat pada setiap Jantung Manusia.
Bila Anda punya kenalan dokter, coba tanyakan dan lihat lagi dengan teliti
alur Urat yang terdapat pada jantung.


Bulan pernah terbelah
Bukti Bahwa Bulan pernah Terbelah., artikel nya bisa anda baca di sini , klik di sini
Sekaligus ini membuktikan kebenaran dari Al-Qur’an surat Al-Qamar, ayat 1 :
“Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah ”
(Q.S. Al-Qamar: 1)”


 Tulisan ALLAH diatas genangan air
 Kalimat Allah di atas genangan Air
Tulisan Allah di atas genangan Air

Dari HP Zulherman Tanpa sengaja waktu dijalan ngeliat genangan air
berlafalkan ALLAH… subhanallah ( LOKASI pengambilan photo: Antara Cikarang – Tol Bekasi Timur( Jalan Utama /pinggir jalan Kalimalang ) Allahu Akbar ! )

Lafal Allah pada telinga bayi

Lafal Allah pada telinga bayi
Lapadz “Allah” yang terbentuk di telinga seorang bayi


Awan yang membentuk kalimat Allah
Lafaz Allah pada Awan
Lafazd Allah di awan
Lafaz Allah di Awan


Lafal Allah di Buah Mangga
Tulisan Allah di buah Terong
Buah Terong yang berlafal Allah
 
 

 

Kalimat Allah di waktu Senja
Kalimat Allah terbentuk di Langit, pada waktu Senja ( Matahari Terbenam )
batu yang sujud
Batu karang yang sedang sujud.
Pohon Kaktus
Pohon Kaktus yang tumbuh membentuk Lafal Allah.
Tulisan Allah di Bumi Africa
Lafaz Allah tertulis dengan Jelas di Tanah Africa, di lihat dari satelit.
Lafaz Allah di Lautan , di lihat dari Satelit

Lafaz Allah di Tangan kita
Lafaz Allah di Tangan kita

Masjid Nabawi dan Madinah
dua Tempat suci umat islam, di lihat dari atas satelit, berkilau.
MEKKAH BERKILAU
MEKKAH BERKILAU —
Ini adalah hasil pencitraan dari IKONOS Satelite milik Space Imaging Inc, AS. Masjidil Haram yang ‘diintai’ oleh AS pada 31 Oktober 1999 itu menampilkan fenomena menakjubkan. Terlihat di gambar hanya bagian Masjidil Haram saja yang berkilau sementara bangunan di sekitarnya tampak lebih gelap. Subhanallah. (NASA Astronomy Picture of The Day) (sumber : http://www.spaceimaging.com/gallery/ioweek/archive/01-12-09/index.htm)


Lafal Allah di langit Ciputat
Lafal Allah di Langit Ciputat.
Tulisan Allah di Buah Terong
Tulisan Allah di buah Terong

 

 ledakan di pipa gas milik Pertamina di lokasi lumpur Lapindo
 Yang terbaru adalah jilatan api saat terjadi ledakan di pipa gas milik Pertamina di lokasi lumpur Lapindo, jalan Tol Porong-Gempol KM 38 22 November 2006 lalu.  Api yang membubung setinggi hampir 1 kilometer itu ternyata sempat membentuk lafal Allah dalam tulisan Arab beberapa saat.

 

 Hasil foto satelit memperlihatkan riak-riak gelombang Tsunami di Sri Lanka mirip tulisan kaligrafi
Hasil foto satelit memperlihatkan riak-riak gelombang Tsunami di Sri Lanka mirip tulisan kaligrafi “Allah”.

SEBATANG pohon  DENGAN BERBENTUK HURUFJAWI ALIF, LAM, LAM, HA
SEBATANG POHON SENDUDUK DENGAN BERBENTUK HURUFJAWI ALIF, LAM, LAM, HA ATAU EJAAN ‘ALLAH’ .”Allah Hu Akhbar.”
Terima kasih buat Ahmadi dari malaysia yang sudah mengirimkan photo ini.

 

Lafaz Allah di Buah Melon
Lafaz Allah di Buah Melon

Lafaz Allah di Lautan

Buah Labu
Buah Labu

Lafal Allah pada Saat di Kue
Dahliani (26), pembuat kue Agar-Agar yang berlafazdh “Allah” di atasnya.
Dia memperlihatkan kue tersebut kepada wartawan di rumahnya di Desa Baet Kecamatan Baitussalam Aceh Besar, Rabu (28/3)–foto: RAKYATACEH.COM

Lafal Allah pada Sebutir Telur

Lafal Allah pada Sebutir Telur
Lafal Allah pada Sebutir Telur

Lafal Allah pada Sehelai Daun
Lafal Allah pada Sehelai Daun

LEBAH YANG MENULIS

Lebah yang Membentuk Allah

LEBAH YANG MENULIS “ALLAHU”
(Those who are familiar with Arabic will easily be able to identify what this beehive spells – “Allahu”)


lafal
Akan terlihat dengan jelas lafal “Allah” pada batu permata tersebut bila disinari dengan cahaya

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak
Mawar Merah di Angkasa
“Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak”
(Ar-Rahman: 37)

Gambar di atas adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih. Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu pada surah Ar-Rahman di atas.

 POHON YANG SEDANG RUKU

POHON YANG SEDANG RUKU
POHON YANG SEDANG RUKU
This is a recently discovered phenomenon in a forest near Sidney. As you can see, the bottom half of the tree trunk is bowed in such a way that it resembles a person in a posture of Islamic prayer – the ‘ruku’. Looking closer you can see the ‘hands’ resting on the knees. the most amazing thing is that the ‘man’ is directly facing the Kaaba, Mecca which is the direction Muslims all over the world face when in prayer.

 

Tomat yang membentuk Lafaz Allah

Buah Tomat

Sesungguhnya ALLAH Maha berkuasa dan dapat menjadikan apa saja yang pernah ataupun tidak pernah terfikir oleh manusia.Ini merupakan keajaiban alam ciptaan ALLAH.

THE FISH TESTIFIES THE PROPHET (S.A.W)
THE FISH TESTIFIES THE PROPHET (S.A.W)
The story of the fish began when Mr. Goerge Wehbi, a Christian Lebanese, was practicing his fishing hobby, in Dakar Senegal (the Capital of West Africa). He caught many fish. When the went home his wife saw among them a strange fish about 50cm length, with some arabic writing on it. He took it to Sheikh al-Zein, who read clearly what was writen in a natural way. That could not be done by a human being, but rather a Godly Creation which the fish was born with. He read “God’s Servant” on its belly and “Muhammad” near its head, and “His Messenger” on its tail

LAA ILAA HA ILLALLAH

Pohon yang berbentuk La Ilah Ha Ilalah.
LAA ILAA HA ILLALLAH WRITEN IN BRANCHES
One brother on Germany wrote and sent this photo. “The branches clearly say in Arabic that- There is no god but Allah. This is said to be a scene on a piece of cultivated farmland in Germany. Many Germans have been said to have embraced Islam upon seeing this miraculous sight and that the German government put steel fences around the part of the farm to prevent people from visiting and witnessing this miraculous site”

Lapadz
Lapadz “Allah” yang terbentuk di telinga seorang bayi

Awan yang membentuk Lapadz

Awan yang membentuk Lapadz “Allah”, kejadian ini diabadikan oleh seseorang di Mekkah

Mesjid Tetap Berdiri meski terjadi gempa
MOSQUE STILL STANDS AFTER EARTQUAKE IN TURKEY
A mosque still stands amidst the rubble of collapsed buildings in this aerial view of a neigborhood in the western Turkish town of Golcuk, 60 miles east of Istanbul, August 19, 1999. The death toll from western Turkey’s worst recorded eartquake surpassed 6,000, as hope waned of finding any of the thousands still missing under the mountains of rubble.

menunjukkan kalimah

menunjukkan kalimah
Menurut pemiliknya kalau dilihat dari dekat Gambar di atas
menunjukkan kalimah “Lailahaillah” terbentuk pada seekor ikan

Posted by: aye83 | February 22, 2009

Ya Allah turunlah hujan demi Hamba-Mu

saujana

Alhamdulillah bermula pagi semalam hujan turun mebasahi bumi, cuma hujan hanya turun lebat di sekitar kota bharu dan pasir mas (apa yg aku tahu), ttp kat kampung ku (kg golok semerak) hanya renyai2.. cuma pagi tadi agak lebat sketika.. Apapun aku yakin, ini sudah cukop melegakan mereka2 yg menanam tembakau, tembikai, keledek dsb.

Tapi aku masih rimas, sbb hujan sebanyak ini belum cukop utk membantu ku memulakan ‘operasi’ tanaman tembikai ku yg sudah 2 minggu tenggelada akibat tlalu kontang…  memang benar lah firman-Nya “Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur).” (Al Qur’an, 43:11)… ‘takdo huje gak, tanam gapo pun tok hidop’ katanya orang kampungku.. Aku berdoa dan berharap, mudahan malam ni, atau esok-esok, hujan masih membasahi bumi…

Hmm.. kbetulan cakap pasal hujan, aku copy-paste satu artikel dr harun yahya mengenai pembentukan hujan, selamat memikirkan.. Afala ta’qilun?? Ya Allah, golongkan kami bersama hamba Mu yg bersyukur..

 

Pembentukan Hujan
 Pembetukan Hujan

Proses terbentuknya hujan masih merupakan misteri besar bagi orang-orang dalam waktu yang lama. Baru setelah radar cuaca ditemukan, bisa didapatkan tahap-tahap pembentukan hujan..

Pembentukan hujan berlangsung dalam tiga tahap. Pertama, “bahan baku” hujan naik ke udara, lalu awan terbentuk. Akhirnya, curahan hujan terlihat.

Tahap-tahap ini ditetapkan dengan jelas dalam Al-Qur’an berabad-abad yang lalu, yang memberikan informasi yang tepat mengenai pembentukan hujan,

“Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira” (Al Qur’an, 30:48)

Kini, mari kita amati tiga tahap yang disebutkan dalam ayat ini.

TAHAP KE-1: “Dialah Allah Yang mengirimkan angin…”

Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air tersembur menuju langit. Partikel-partikel ini, yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di atmosfir. Partikel-partikel ini, yang disebut aerosol, membentuk awan dengan mengumpulkan uap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut “perangkap air”.

TAHAP KE-2: “…lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”

Awan-awan terbentuk dari uap air yang mengembun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Karena air hujan dalam hal ini sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

TAHAP KE-3: “…lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya…”

Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel -partikel debu itu mengental dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

Semua tahap pembentukan hujan telah diceritakan dalam ayat-ayat Al-Qur’an. Selain itu, tahap-tahap ini dijelaskan dengan urutan yang benar. Sebagaimana fenomena-fenomena alam lain di bumi, lagi-lagi Al-Qur’anlah yang menyediakan penjelasan yang paling benar mengenai fenomena ini dan juga telah mengumumkan fakta-fakta ini kepada orang-orang pada ribuan tahun sebelum ditemukan oleh ilmu pengetahuan.

Dalam sebuah ayat, informasi tentang proses pembentukan hujan dijelaskan:

“Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan- gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.” (Al Qur’an, 24:43)

Para ilmuwan yang mempelajari jenis-jenis awan mendapatkan temuan yang mengejutkan berkenaan dengan proses pembentukan awan hujan. Terbentuknya awan hujan yang mengambil bentuk tertentu, terjadi melalui sistem dan tahapan tertentu pula. Tahap-tahap pembentukan kumulonimbus, sejenis awan hujan, adalah sebagai berikut:

TAHAP – 1, Pergerakan awan oleh angin: Awan-awan dibawa, dengan kata lain, ditiup oleh angin.

TAHAP – 2, Pembentukan awan yang lebih besar: Kemudian awan-awan kecil (awan kumulus) yang digerakkan angin, saling bergabung dan membentuk awan yang lebih besar.

TAHAP – 3, Pembentukan awan yang bertumpang tindih: Ketika awan-awan kecil saling bertemu dan bergabung membentuk awan yang lebih besar, gerakan udara vertikal ke atas terjadi di dalamnya meningkat. Gerakan udara vertikal ini lebih kuat di bagian tengah dibandingkan di bagian tepinya. Gerakan udara ini menyebabkan gumpalan awan tumbuh membesar secara vertikal, sehingga menyebabkan awan saling bertindih-tindih. Membesarnya awan secara vertikal ini menyebabkan gumpalan besar awan tersebut mencapai wilayah-wilayah atmosfir yang bersuhu lebih dingin, di mana butiran-butiran air dan es mulai terbentuk dan tumbuh semakin membesar. Ketika butiran air dan es ini telah menjadi berat sehingga tak lagi mampu ditopang oleh hembusan angin vertikal, mereka mulai lepas dari awan dan jatuh ke bawah sebagai hujan air, hujan es, dsb. (Anthes, Richard A.; John J. Cahir; Alistair B. Fraser; and Hans A. Panofsky, 1981, The Atmosphere, s. 269; Millers, Albert; and Jack C. Thompson, 1975, Elements of Meteorology, s. 141-142)

Kita harus ingat bahwa para ahli meteorologi hanya baru-baru ini saja mengetahui proses pembentukan awan hujan ini secara rinci, beserta bentuk dan fungsinya, dengan menggunakan peralatan mutakhir seperti pesawat terbang, satelit, komputer, dsb. Sungguh jelas bahwa Allah telah memberitahu kita suatu informasi yang tak mungkin dapat diketahui 1400 tahun yang lalu.

Posted by: aye83 | February 22, 2009

Di mana aku..??

Pejam celik, hampir masuk bulan ke 5 aku bekerja di kampung ku.. 6 okteber aku lapor diri di Kenaf Natural Fiber Industries Sdn Bhd (KFI), sebuah syarikat yang menjalankan operasi pemprosesan pokok kenaf untuk menghasilkan Fiber bast dan fiber core. Tugasku sebagai pegawai ladang cukop ‘sempoi’ dan fleksble. mybe memaidai dengan salary yg aku terima..  hehe

Di mana aku?? hmmm… mmg pun aku dah lama menghilang…. oklah, aku janji lpas ni akan sentiasa update..

Posted by: aye83 | December 17, 2008

Mehnah Kepada Mawaddah dan Rahmah

Di copy dari http://saifulislam.com/?p=3823

 

“Saya tak tahan dengan perbuatan suami saya. Ketika kami sedang cuba menyelesaikan masalah yang timbul, dia main kayu tiga dengan perempuan lain,” antara keluhan yang paling kerap disuarakan oleh sang isteri.

“Entahlah, saya bosan dengan isteri di rumah. Masalah yang sama berulang-ulang kali berlaku. Hanya si dia ini yang memahami diri saya,” keluh si suami dengan nada ‘jujur’ untuk justifikasi perbuatannya mendampingi teman sekerja.

Jujurnya, ada rasa muak pada diri saya untuk memikirkan hal ini. Sudah menjadi seperti satu trend di dalam masyarakat. Suami dan isteri bergaduh, disusuli suami bermain kayu tiga, dan ada sahaja perempuan yang sudi muncul di tengah-tengah ribut sebuah rumahtangga.

KESUNGGUHAN MENYELESAIKAN MASALAH

Seperkara yang harus disedari oleh para suami, talak dan poligami bukannya HAK milik mereka, tetapi TANGGUNGJAWAB untuk ia diuruskan sebaik mungkin.  Memikirkan bahawa talak serta poligami itu sebagai HAK akan secara sedar atau tidak sedar menjadikan suami tidak memberi sepenuh diri ke arah menyelesaikan krisis rumahtangga yang sedang dihadapinya.

Sentiasa ada jalan keluar.

Sentiasa ada pilihan.

Mereka terlupa bahawa tindakan memilih talak atau poligami sebagai jalan keluar dari krisis rumahtangga yang sedang dihadapi, bukanlah wasilah penyelesaian, sebaliknya ia berubah menjadi agen jangkitan masalah tersebut kepada perhubungan dan perkahwinan yang seterusnya. Apatah lagi jika dirinya sendiri yang menjadi punca kepada masalah yang sedang mereka berdua hadapi.

Tatkalau suami membayangkan bahawa talak atau poligami itu adalah HAK dan bukannya AMANAH yang diberikan Allah atas kurniaan jati dirinya sebagai lelaki, suami itu membelakangkan Allah dan mendustakan-Nya dengan memutuskan kaitan talak dan poligami itu dengan Allah. Justeru keadilan terlalu cepat ditegaskan kelayakannya, tetapi isu keadilan itu jugalah titik murka Allah ke atas suami seperti ini.

MENCARI PENYELESAIAN DENGAN MAKSIAT

“Peritnya masalah rumahtangga kami ini,” keluh seorang suami.

“Kamu sudah minta bantuan Allah?” soalan untuk beliau.

“Puas saya berdoa, solat hajat…!” katanya.

“Kamu tahu mengapa doa dan solat hajat kamu tidak dipedulikan Allah?”, soalan seterusnya.

“Mengapa?”, soal beliau.

“Tatkala kamu berdepan dengan masalah, kamu berhubungan dengan perempuan itu di belakang isteri kamu! Pedulikah Allah kepada doa pelaku maksiat?” soalan terakhir buatnya.

Ketika seorang suami tidak berpuas hati dengan keadaan isteri dan perkahwinannya, peringkat ini sering juga menyaksikan suami berhubungan dengan perempuan lain. Sama ada hubungan itu di pejabat, di internet, di lokasi program, atau di mana sahaja, apakah definisi Islam kepada perhubungan itu?

Ia adalah maksiat!

Lebih buruk lagi, maksiat itu merangkumi keingkarannya terhadap Allah, dan kezaliman ke atas manusia (isteri dan anak-anak).

Biar pun hubungan itu nanti mungkin berkesudahan dengan perkahwinan, sama ada secara poligami atau dengan menceraikan isteri pertama terlebih dahulu, hubungan sebelum berkahwin itu tetap suatu maksiat yang tidak terhapus dengan perkahwinan tersebut. Perkahwinan bukan penghapus dosa. Hubungan sulit sang suami dengan perempuan berkenaan adalah dosa, manakala perkahwinan adalah subjek yang berasingan.

Dosa dan maksiat hanya terubat dengan taubat!

Justeru kita ingin tahu, berapa ramai suami yang berjaya mengendalikan kes poligami tanpa pendahuluan ‘hubungan sulit’ berupa maksiat ini? Jika anak teruna dan dara dibantu oleh keluarga dan saudara mara dalam mengatur risik, pinang, tunang dan akad nikah sebagai jalan beradat lagi bersyariat dalam berumahtangga, bagaimana pula dengan perkahwinan golongan ‘bijak pandai lagi berpengalaman’  ini? Ketika bertemu dua insan ini, siapakah yang ketiga di antara mereka?

Maksiat kepada Allah, dan zalim ke atas isteri dan anak-anak, dosa ini tidak terhapus dengan kejayaan berkahwin yang didambakan itu. Ia wajib dengan taubat.

Syarat taubat, harus dengan penyesalan, juga koreksi atas kesan perlakuannya di dalam maksiat itu.

Itu seperkara.

TERTIPU OLEH PERASAAN

Tatkala seorang suami berkenalan dengan cinta kedua, isteri yang sedia ada sering kelihatan buruk celanya. Serba serbi tidak kena. Cinta kedua itulah ‘penemuan sejati’ yang terlewat tapi belum terlambat. 

Suami terlupa bahawa hubungannya dengan isteri pertama banyak dibelenggu oleh tekanan dan bebanan. Ia datang dari tanggungjawab yang sudah terpikul  di atas bahu mereka berdua. Anak-anak, harta benda, kewangan dan pelbagai lagi. Semua itu menjadi sumber tekanan, dan mustahil hubungan nampak indah dalam keadaan masing-masing tertekan dan terbeban.

Akan tetapi segalanya nampak indah pada cinta kedua, kerana di situlah ditemui ketenangan. 

Bergaduh dengan isteri di rumah, lari kepada cinta sejati yang setia.

Luahkan segalanya kepada dia.

Dia sungguh memahami.

Tetapi suami itu terlupa bahawa hubungan cinta kedua itu indah kerana ia belum datang dengan tanggungjawab. Belum ada komitmen. Hanya cinta dan perasaan yang cantik-cantik belaka. Justeru tidak rasional untuk sang suami membandingkan cinta keduanya dengan isteri pertama di dalam rumah. Amat salah alasan suami bahawa beliau yakin kekasihnya bakal membahagiakan, tanpa meneliti akan perihal tanggungjawab yang bakal mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA (kali berikutnya).

Berkahwin kerana perasaan tanpa mempedulikan tanggungjawab dan bebanan, adalah kebudak-budakan yang mengundang kehinaan. Kematangan usia gagal mematangkan pertimbangan.

SI MANIPULATIF ITU

Pertimbangan ketiga pula harus dilihat kepada ‘pihak ketiga’ itu. 

Jika hubungannya dengan lelaki itu, tanpa pengetahuan bahawa kekasihnya adalah suami orang, maka itu suatu kecuaian yang besar. Salahnya adalah atas kecuaian tersebut.

Akan tetapi jika beliau muncul untuk memanipulasi masalah yang sedang membelenggu seorang suami dan isteri, maka besarlah dosa dan celanya atas perbuatan itu. Malah lebih menghairankan kita, bagaimanakah seorang lelaki boleh memandang perempuan seperti ini sebagai pasangan ganti kepada isteri yang halal di rumah itu?  Baikkah perempuan yang mengambil peluang dari mehnah yang sedang membelenggu suami dan isteri itu? 

Tatkala mereka berdua sedang berjuang untuk menyelamatkan sebuah bahtera dengan anak-anak yang antara timbul dan karam itu, bagaimanakah rupa hati seorang perempuan yang datang menawarkan perahu ‘penyelamat’ untuk si lelaki dengan memejamkan mata terhadap nasib perempuan dan anak-anak di dalam kapal yang terumbang ambing itu? Apakah nilai iman dalam dirinya?

Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan kamu saling berdengki, saling memuji barang untuk melariskannya, saling membenci, memulau dan jangan antara kamu yang membeli atas pembelian orang lain, hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak menzaliminya, tidak menghinanya. Taqwa itu di sini-baginda mengisyaratkan kepada dadanya sebanyak tiga kali-. Cukuplah seseorang itu melakukan kejahatan dengan menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim darahnya, hartanya dan maruahnya haram ke atas muslim yang lain. (Muslim)

Apakah rasional seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang tiada belas terhadap seorang perempuan lain yang memiliki hati dan diri sepertinya? Bagaimana pula dengan anak-anak itu? Sungguh, tiada justifikasi terhadap perbuatan sakit menyakiti seperti ini kecuali kerana masing-masing saling memandang dengan pandangan nafsu.

 

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah : Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka . (Riwayat al-Bukhari)

TERBALIK

“Abang tidak akan lepaskan awak!” tegas si suami.

“Tapi abang menyeksa saya dan anak-anak. Kita sudah tidak seperti suami isteri sejak sekian lama. Kenapa mesti saya dibiarkan bergantung tidak bertali ini?” rayu si isteri.

Sulit sekali untuk memahami mengapa seorang lelaki ‘menyimpan’ isteri yang sudah tidak dilayannya sebagai seorang isteri. Setelah mengahwini isteri kedua, isteri pertama pula dilayan bagai perempuan simpanan.

Beberapa kes yang saya hadapi, membawa pencarian kepada persoalan ini hingga menemukan saya dengan beberapa keganjilan. Kerap juga terjadi, keindahan bercinta sebelum berkahwin, berubah selepas kekasih disunting menjadi isteri kedua. Rasa tidak selamat yang kerap menimpa isteri kedua, menjadikan sebahagian mereka mendesak-desak dan cuba menguasai suami, lupa kepada adanya seorang perempuan yang sedang disakiti, saudaranya se-Islam. Percubaan untuk menjadikan suami itu milik dirinya dengan membelakangkan isteri pertama dan anak-anak mereka adalah suatu kezaliman yang menimbulkan MURKA ALLAH

Keadaan ini bukan sekadar menimbulkan kesakitan ke atas isteri pertama, malah suami mereka juga jadi tidak menentu. Antara sayang dan rimas! Ironinya, pada isteri pertama jua, ketenangan dan kerehatan diperolehi. Isteri yang dikahwini dengan falsafah mawaddah dan rahmah itu. Tempat berehat dari perangai-perangai isteri kedua yang meletihkan. Tanpa sedar, inilah alasan senyap untuk seorang suami tidak melepaskan isteri pertamanya, biar pun dia sudah tidak melayan wanita itu sebagai seorang isteri sebagaimana yang dipertanggungjawabkan Allah ke atasnya.

Bagai perempuan simpanan, biar pun dia seorang isteri!

Perbuatan menzalimi perempuan, apatah lagi dengan alasan-alasan agama, inilah modal yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyabitkan penindasan Islam ke atas wanita. Perempuan sering tersepit di jalan mati, ketika lelaki bersenang lenang dengan pelbagai pilihan di tangannya yang didenifiniskan sebagai HAK, bukan lagi AMANAH dan TANGGUNGJAWAB.

Mungkin jenayah terbesar di sebalik krisis-krisis ini ialah pemahaman-pemahaman yang salah terhadap hak dan peranan dalam rumahtangga, hingga penindasan, penganiayaan dan penderaan fizikal atau emosi anggota keluarga, merebak tanpa jelas kelihatan penyelesaiannya.  Hingga suami tanpa sedar menjadi male chauvinist yang dicela Tuhan.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa kekelebihan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tnggi, lagi Maha Besar. [Al-Nisaa’ 4: 34]

Sejauh manakah wahyu Allah yang menerangkan tentang tugas, tanggungjawab, peranan dan bebanan suami dalam ayat ini, dengan mudah diterjemahkan sebagai HAK seorang suami ke atas isteri? Di mana Allah dalam kefahaman yang begitu?

MAWADDAH DAN RAHMAH

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Al-Room 30: 21]

Mawaddah itu adalah cinta yang terhasil, kesan dari usaha menyemainya di dalam jiwa antara suami dan isteri. Cinta tambah, bagai yang digelarkan oleh M. Quraish Shihab dalam risalah ‘Cabaran Kehidupan Rumah Tangga‘ karangannya. Mawaddah hanya ada antara suami dan isteri, sebagai cinta yang diperjuangkan dalam sebuah rumahtangga. Segala susah payah yang diharungi dengan jiwa memberi oleh suami dan isteri menyuburkan mawaddah ini… sesuatu yang seharusnya mekar dalam sebuah perkahwinan lewat usia. 

Namun mawaddah yang mengosongkan diri dari kecenderungan mengungkit kekurangan di antara suami dan isteri, terlalu ideal untuk berdiri sendiri. Manusia kaya dengan kelemahan, sebagaimana kaya juga dengan keinginan dan kemahuan. Justeru di antara tanda kebesaran Allah SWT yang diterbitkan dalam sebuah perkahwinan, adalah mawaddah yang diiringi rahmah. Sifat rahmah ini menghiasi jiwa seorang suami secara khusus, terhadap kecenderungan dirinya kepada keinginan dan keperluan.

Suami yang beristerikan seorang perempuan yang mandul, atau hilang upaya seksual kerana menopause sebagai misal, mungkin boleh mengambil pilihan poligami untuk memenuhi naluri kebapaan dan kelelakiannya yang diingini. Tetapi dia sedar, bahawa pilihan itu pedih buat sang isteri. Justeru sifat rahmah itulah yang membendung keinginan tersebut. Sifat belas ihsan yang tidak sampai kepada hatinya untuk menyakiti isteri atas kekurangan yang berlaku. Demi mawaddah antara mereka, rahmah menjadi bekal pengorbanan seorang suami.

Dan isteri yang terhias jiwanya dengan sifat yang rahmah itu jua, membangunkan kesediaan yang sama untuk belas ihsan terhadap suami yang juga punya hati dan perasaan. Di sinilah ujian kepada mawaddah dan rahmah antara suami dan isteri.

Suami yang awal-awal lagi membelakangkan isteri dan mendampingi wanita lain di luar daerah Halal, tiada mawaddah dan tiadalah rahmah antara mereka. Hanya murka Allah yang menjadi duri siang dan malam saban ketika.

TIDAK MUDAH

Tidak mudah untuk saya ungkapkan hal ini. Ia lebih kepada usaha meredakan keresahan diri tatkala beberapa kes dengan plot dan jalan cerita yang sama, mendatangi kehidupan.

Kepada sang suami, isteri dan isteri atau bakal isteri, pulanglah kepada Allah sebagai hamba-hamba-Nya. Hamba yang tidak pantas bercakap tentang HAK, kerana kehambaan itu hanyalah pada tanggungjawab, memberi dan berperanan… 

Saya menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengakhiri coretan kali ini.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Posted by: aye83 | July 11, 2008

Jernihkan Fikrah Sebelum Berdakwah

http://saifulislam.com/?p=1964

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ 

“Saya mahu sertai program PAS, program JIM, program ABIM dan ikut Tabligh keluar sebab saya sudah bosan dengan perpecahan”, kata seorang anak muda kepada saya.

Saya mengangguk.

Kemudian menggelengkan kepala.

Saya bersetuju dengan keluhannya bahawa kita semua sudah bosan dengan perpecahan. Tetapi saya menggelengkan kepala kerana tidak bersetuju dengan formulanya untuk mengatasi perpecahan itu.

“Tentu sahaja idea itu baik dan saya menyokongnya, jika anda meletakkan diri sebagai penyokong dan kekasih Islam”, saya cuba menjelaskan sebab saya menggelengkan kepala pada separuh kedua kenyataan pelajar tersebut.

“Tetapi jika anda seorang pendokong dan kekasih yang berkasih dengan Islam, anda harus lebih teliti, rasional dan realistik”, saya menyambung.

“Maksud ustaz?”, tanyanya kepada saya.

Asalnya saya kurang berminat bercakap tentang hal ini. Terserahlah kepada anak-anak muda ini untuk mencari cara terbaik bagi mereka ‘menolong agama Allah’. Tetapi option yang terlalu terbuka menyebabkan mereka meraba-raba di bawah sinar mentari, bukan purnama.

“Izinkan ustaz membuat satu analogi”, saya cuba memudahkan perbualan.

KOMITMEN KERJA

“Jika kita seorang pengguna ubat gigi, kita bebas untuk memilih ubat gigi yang sesuai dengan keperluan kita. Pilih sahajalah mana-mana ubat gigi yang ada di pasaran kerana semua ubat gigi itu umumnya berkongsi tujuan… memutih dan menyihatkan gigi kita…

… tetapi jika kita bekerja sebagai seorang pegawai penyelidik di sebuah kilang ubat gigi, atau pegawai pemasaran, malah pekerja subordinate di kilang tersebut, adalah mustahil untuk syarikat kilang itu membenarkan anda pada masa yang sama bekerja di syarikat ubat gigi yang lain!”, saya menyudahkan penjelasan.

“Kenapa pula?”, tanyanya dalam kekeliruan.

“Aih… takkan tanya ‘kenapa pula’? Anda akan bertindan waktu kerja, anda akan bertindan strategi pemasaran, anda akan bertindan pelbagai kepentingan dan siapakah yang akan anda berikan keutamaan?”, saya agak terkejut dengan kekaburan fikiran beliau.

“Setiap kumpulan Islam, mempunyai maksud dan tujuan besar yang sama. Tetapi malangnya mereka berbeza jalan dan pendekatan hingga ada yang bertembung dan bertentangan. Ada yang mahu sampai kepada Islam dengan memanfaatkan ruang di dalam demokrasi, ada yang mahu sampai kepada Islam dengan berperang berpatah arang dengan demokrasi… itu contohnya”, saya menyambung.

“Ada kumpulan yang menganggap penglibatan dan keprihatinannya terhadap persoalan siasah dan isu semasa sebagai suatu kelebihan, manakala ada kumpulan yang menganggap pendirian non partisannya sebagai prinsip yang mesti dipertahankan. Maka, anda boleh menghadiri program semua kumpulan ini, jika kehadiran yang anda maksudkan itu adalah sebagai peserta program umum, outreach dan anda hadir sebagai orang yang hanya mahu menerima. Bukan memberi!”, tambah saya.

“Dan ustaz sering mengingatkan kami bahawa penglibatan kita di dalam dakwah harus untuk memberi, bukan menerima, betul tak?”, tanyanya.

“Yang ini ustaz angguk 100%”, saya tersenyum.

MEMBERI DAN MENERIMA DI DALAM DAKWAH

Dalam beragama dan berdakwah untuk menolong agama, apa yang perlu kita fikirkan bukan hanya pada soal apa manfaat yang kita dapat. Jika itu sahaja yang menjadi pertimbangan kita, maka tidak hairanlah kita ini mungkin menjadi orang yang paling banyak tahu, tetapi tidak berguna dan bernilai di sisi Islam, kerana tiada keinginan memberi.

Seronok mengaji tetapi tidak sampai kesedaran tentang tuntutan mengajar.

Kata Nabi SAW:

“Sebaik-baik kamu adalah dia yang paling bermanfaat kepada manusia”

Maka seorang mukmin yang mengikut jalur kenabian akan segera mahu memberi sejurus selepas menerima, apatah lagi dalam soal-soal kebaikan:

“Tidak sempurna iman sesiapa dari kalangan kamu sehingga dia itu suka untuk saudaranya, apa yang disukainya untuk diri sendiri”

Dalam erti kata yang lain, penglibatan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam, bukan hanya dengan maksud mahu menjadi penyokong, pengambil manfaat dan penerima semata-mata, tetapi mahu bergerak setapak lagi ke depan dengan menjadi pendokong, penyumbang manfaat dan pemberi pula.

Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dengan bahasa yang lebih kemas, dengan merujuk kepada rukun-rukun komitmen yang disebut sebagai arkaan al-bai’ah yang sepuluh oleh Hasan al-Banna.

Justeru, tidak mungkin di peringkat taaruf menuju takwin, untuk seseorang itu menjadi anggota sebuah kumpulan Islam, dan dalam masa yang sama turut menganggotai kumpulan-kumpulan yang lain, dengan alasan mahu mengambil manfaat sebanyak mungkin.

ANTARA SIYASAH DAN TARBIYAH

Kebarangkalian dari segi strategi bergerak, mungkin ada ruang yang membolehkan. Ramai sahaja ahli JIM yang turut menjadi aktivis PAS. Ada sahaja aktivis PAS yang dipinjamkan ke PKR dalam pilihanraya. Tetapi ini bergerak di dalam kerangka siasah, tidak dalam agenda tarbiyah.

Oleh yang demikian, idea ‘pelik’ sesetengah kita yang memilih JIM supaya boleh menyokong PAS tanpa risiko, harus disemak semula, terutamanya di kalangan warga menara gading. Itu idea politik, bukan idea tarbiyah.

Tarbiyah itu ialah proses mengacu dan membentuk, sebelum diguna pakai di lapangan yang pelbagai termasuk siasah. Maka proses pembentukan fikrah tidak akan berhasil jika tajarrud dalam pemikiran tidak dibentuk. Pemikiran akan lebur dan mencetuskan krisis identiti dan fikri.

Akhirnya kita sendiri tidak tahu apa yang kita tahu dan tidak tahu apa yang kita percaya. Amal bagaimanakah yang boleh terbit dari kekaburan fikrah dan kepercayaan seperti ini?

Era pentarbiyahan itu adalah era pembentukan (takwin). Ia seumpama kilang untuk menghasilkan sesuatu produk. Kilang melahirkan da’ie.

Jika dipinjam analogi ubat gigi itu tadi, maka di atas rak pasar raya, sepuluh jenama ubat gigi boleh duduk sebelah menyebelah dan terpulang kepada pengguna untuk memilih atas pertimbangan masing-masing.

Tetapi semasa ubat gigi itu di kilang masing-masing, tidak mungkin formula ubat gigi Colgate© dicampur dengan formula Sensodyne© lalu dikotakkan dengan pakej Darlie©. Di kilang Colgate©, semuanya harus Colgate©. Campur aduk yang tidak menentu dalam menghasilkan produk ubat gigi, hanya akan menyebabkan pengguna keliru dan membuat kesimpulan mudah bahawa ubat gigi Colgate© berkotakkan Darlie© ini bukanlah kombinasi formula, tetapi ubat gigi palsu semata.

Seorang aktivis JIM itu perlu jelas pada kefahaman dirinya apakah yang menjadikan dirinya itu seorang ahli JIM. Soal komitmen, kepercayaan, menjaga kerahsian, dan tanggungjawab dilaksanakan secara ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’.

Begitu juga dengan aktivis PAS. Penyertaannya di dalam gerakan Islam itu harus atas dasar al-fahmu, memahami dan menghayati fikrah dan perjuangan PAS, serta sama-sama mendokong gerak kerja yang diputuskan bersama. Apakah beza pemikirannya dengan kumpulan lain seperti Hizb al-Tahrir atau ABIM, ia harus jelas dan terbina secara tersusun lagi kemas melalui agenda tarbiyah masing-masing. Mengetahui perbezaan bukan untuk mencetuskan perbalahan, tetapi supaya boleh mendefinisikan diri.

Bagi yang mencelah dengan idea “ana Muslim, full stop“, boleh berehat di tepi padang sehingga dijemput masuk. Saya sedang cuba menyelesaikan sindrom “tepat tetapi tidak jelas”.

TITIK PENYATUAN

Tinggal satu lagi persoalan penting iaitu di manakah soal kerjasama dan penyatuan itu boleh berlaku?

Atas dinamika fikrah masing-masing, sikap (attitude) yang positif, kecenderungan kepada titik persamaan mengatasi perbedaan, di situlah kerjasama harus dibina.

Halangan kerjasama, bukanlah pada berbeza jemaah atau berlainan fikrah. Musuh kerjasama dan perpaduan ialah SIKAP dan SERKAP. Serkap fikiran berupa prasangka dan andaian di zon selesa masing-masing.

Akan tetapi, cabaran akan menjadi lebih kritikal jika cubaan penyatuan dibuat di atas kekaburan dan kekeliruan. Tidak memahami apa yang menjadikan JIM itu JIM, PAS itu PAS, lantas mencadangkan titik yang tidak kena dengan realiti.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tentukan dahulu apa yang kamu percaya, siapa diri kamu, dan di situlah bermulanya usaha besar untuk kerjasama dan penyatuan yang diimpikan.

Fikrah saya jelas dan di atas kejelasan itu, saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk pergi ke mana-mana program, bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan seterusnya membantu pada apa yang boleh dibantu. Semuanya harus didahului oleh usaha menentukan apa yang kita percaya lantas menentukan siapa kita.

DALIL

“Tak ada dalil ke ustaz? Main logik akal sahaja?”, tanya pelajar tersebut.

“Ini common sense. Pemikiran yang tidak logik, adalah musuh kepada dalil! Betulkan cara berfikir sebelum meminta dalil.”, itu sahaja yang mampu saya jawab buat masa ini.

Ayuh kemaskan fikrah, untuk kelancaran dakwah.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

« Newer Posts - Older Posts »

Categories