Posted by: aye83 | February 11, 2008

KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Kerajaan PAS Kelantan berjaya merintis perubahan dengan melaksanakan beberapa dasar “membangun bersama Islam”:
1. Cuti 2 hari seminggu
2. Cuti bersalin 60 hari
3. Pinjaman tanpa faedah
4. Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn)
5. Rumah Tiga bilik
6. Menutup Premis Perjudian & Pusat Hiburan
7. Papan Iklan Wanita menutup aurat
8. Maahad Tahfiz Sainz
9. Bandar Raya Islam
10. Skim Takaful Warga Emas (percuma)
11.Dinar Emas
dan banyak lagi perubahan akan dilakukan seperti Negara Kebajikan sekiranya PAS diberi peluang memerntah Malaysia…

Dalil kita perlu menegakkan kerajaan Islam:

1)”Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir” (al-Maidah: 44)
2)”Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim” (al-Maidah:45)
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan 3)Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq” (al-Maidah:47)

Hakikat Islam Hadhari Pak Lah :

“Islam Hadhari adalah salah satu daripada perkara yang boleh dimasukkan ke dalam perbuatan bid’ah dan boleh menyesatkan. Ini disebabkan ia boleh dikira mewujudkan Islam dalam bentuk baru dengan hanya menggunakan perkataan Islam, dan beramal dengan sebahagian ajaran Islam, dan mengingkari sebahagian yang lain.
Dalam masa yang sama Islam Hadhari dicemari dengan perkara-perkara yang menyanggah ajaran Islam dalam mengendalikan urusan politik dan pentadbiran seperti politik wang, rasuah, menyalahgunakan kuasa, menentang hukum Allah secara berterangan dan lain-lain. Dalam urusan ekonomi pula mereka masih meneruskan muamalah riba, mengeluarkan lessen bagi kegiatan maksiat, amalan monopoli oleh golongan tertentu dan lain-lain. Manakala aspek hiburan pula mereka lakukan apa sahaja dengan merentasi batas-batas agama”

“Islam Hadhari yang mahu mencampuradukkan hak dan batil, iman dan kufur, Islam dan jahiliyyah, makruf dan mungkar, adil dan zalim, halal dan haram adalah satu rekaan (dibaca bid’ah) terhadap Islam.”

Kalaupun Islam Hadhari membawa hasrat murni PAK LAH sekalipun namun gerembolan di sekeliling beliau yang berbagai aliran kepentingan dan hala tuju tidak akan bersedia menerima trend Islam Hadhari yang menguatkuasakan undang-undang moral dan agama. Malah keluarga terdekat beliau tidak akan bersetuju dengan aliran kembali kepada Islam sepertimana yang diajar oleh Rasulullah dan alim ulama muktabar. Malah kalangan yang berkepentingan di luar Negara pun masih meragui dan takut dengan Islam Hadhari Pak Lah. Akhirnya politikus Melayu UMNO akan mencipta ajaran Islam baru yang longgar dan liberal dan mereka akan beri nama baru selain dari hadhari dan progressive untuk menyedapkan hati rakyat muslim terbanyak ketika itu sehingga mereka berjaya melemahkan dan mengurangkan bilangan dan parti Islam barulah golongan itu akan berhenti bercakap mengenai Islam kerana pengaruh Islam dan kedudukan pengikut Islam yang sejati sudah pupus dan tiada lagi. Ketika itu tiada politikus Melayu yang akan menampilkan projek bernuansa agama kerana itu bukan perkara penting lagi dan tidak mendesak, sementelahan pula sudah hapus pengaruh parti Islam untuk menggugat kedudukan parti manusia muslim liberal yang sekular itu di Malaysia..

Islam yang diturunkan oleh Allah hanyalah satu. Musuh-musuh Allah mahu menggambarkan Islam dalam pelbagai jenama untuk memusnahkan Islam dari dalam. Mereka menggambarkan Islam berpecah kepada : politik Islam atau Islam Politik, Islam Progressive, Islam Libral , Islam Fundementalist, Islam Traditionalist dan berbagai lagi dan kemudian memaksa umat Islam agar masuk dalam salah satu kotak-kotak ciptaan ini agar mereka berpecah belah dan kalah serta musnah. Mana-mana umat yang terjebak dalam kancah ini dan terus fanatic dengan istilah dan acuan baru yang mereka cipta tentulah akan merana di dunia dan di akhirat.

Sebab itu Allah berfirman dalam Surah al Baqarah 208:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِين
Maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman masuklah kalian dalam (agama) kedamaian (Islam) seluruhnya dan janganlah kalian menurut jejak langkah syaitan, justeru syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.”
Dalam Surah al –Nur 21 Allah berfirman lagi:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman jangan kalian turuti jejak-langkah syaitan. Siapa yang mahu ikut jejak langkah syaitan sebenarnya syaitan menyuruh manusia berbuat kebejatan dan perkara yang mungkar. Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kalian nescaya tiada siapapun dari kalangan kalian yang akan disucikan (dimurnikan jiwanya). Akan tetapi Alah memurnikan (jiwa) siapa yang Ia mahu . Memang Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: