Posted by: aye83 | February 6, 2008

Aye83 ditahan dan Hampir Dihumbang Ke Dalam Lokap

Alkisah nak di Jadikan Cerita

Memo dah disampaikan bahawa selepas meting JPrK malam ni, akan dilaksanakan operasi pasang bendera. Tapi selesainya meting lain jadinya yang mana beberapa masalah yang telah mematahkan semangat sahabat-sahabat, pertama dari segi keselamatan, ada sahabat menyarankan bahawa operasi ni di buat pada satu masa yang boleh kita buat secara besar-besar contohnya pada time tempoh kempen. Tapi alasan ini tidak mematahkan semangat aku untuk teruskan hasrat untuk ‘purnama’kan putrajaya malam ni. Than bila aku ceck keperluan, laa paku picit tak ada, so macam macamana nak pasang bendera ni. Masalah ini melemahkan semangat sahabat-sahabat aku untuk teruskan misi kami. Sebabtulah, aku membuat keputasan, aku akan laksanakan misi ini secara solo, aku betekad malam ni aku akan kibarkan satu bendera di putrajaya sebagai satu ‘eksperiment’, nak tahu berapa hari ia boleh bertahan. Lalu aku teru bersama LC 135 aku ke persimpangan lampu isyarat antara PICC-KL dan Bangi-Alamanda. Sampainya di situ aku terus memarkingkan motor aku di atas terbing kiri jalan. Dengan gunakan segala keberanian, kecekapan dan keparan yang aku ada, aku meluru ke atas bukit bertentangan jalan, aku daki, aku terbang anak pokok ‘acacia margium’ sebagai tiangnya, than aku ikatkan bendera bulan purnama kat situ lalu aku terus panjat pokok acacian yang paling besar dan tinggi kat situ, penting untuk ‘dilihatkan’ orang yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Di Tahan Polis Peronda (MPV)

Lebih kurang jam 2.00 pagi, siap lah misi aku, aku terus melulu kearah motor dengan penuh kepenatan. Belum je aku sempat berlalu dari situ, sebiji peronda waja memberi isyarat agar aku berhenti. Tanpa banyak kerenah aku behenti dan mengeluarkan IC dan Lesen memandu aku beserta roadtax dibawa kusyen.  Dua anggota polis (sorang india sorang melayu) tak puas hati, lalu dimintanya aku keluarkan barangan dalam beg yang aku galas. So malas nak cakap panjang aku tuangkan terus, keluarlah isinya  sebilah parang yang tidak bersarung, 13 helai bendera PAS, tali rafia, lampu picik, saki baki risalah yang di edar kat pasar malam jumaat lepas, kad ucapan tahun baru hijrah Tuan guru Musyidul Am, dan flayer tabung derma darul fuqaha beserta sebiji buah epal fuji yang dihadiahkan sorang sahabat.

Dari awal tadi cuma satu kereta peronda bersama 2 anggota je, tapi bertambah jadi 3 kerata peronda bersama 6 anggota datang soal aku kat tepi jalan tu (sebelum sampai persint 14). Diorang tanyalah, datang dari mana, buat apa, kerja kat mana, tahan banyak lagilah soalan-soalan provokasi diorang. Ketakutan jugalah aku, yelah firstime bhadapan macam ni, lagi pun aku sorang-sorang je time tu. Aku beranikan diri aku cakap, aku dari rumah member di desa pinggiran, ambil bendera untuk dijahit dan parang untuk tebang buloh hari minggu nanti. Aku cakap kat diorang, aku just amik upah dari member aku yang jadi ahli pas. Tapi dorang syaki aku ingin melakukan jenayah, alasannya membawa senjata membahaya, dan sorang lagi cass aku mengedar risalah haram. Dan dorang stil tak nak berunding elok-elok walaupun aku tunjukan ‘bact C 20’ (askar wataniah) sebagai bukti aku orang baik. Lepas tu aku bagitau dorang bahawa aku ada sepupu yang juga anggota peronda di putrajaya, lalu beberapa orang anggota muda (foyoo tunjuk hebat) marah-marah kat aku, kenapa aku tak cakap awal-awal, kalau tak boleh setle dari tadi, than dorang juga cakap aku ni cakap belik-belik (kurang asam punya polis). Than sorang paling kanan kat situ (kopral) mengatakan aku tepaksa dibawa ke balai kerana memiliki barang-barang ini, bila aku minta kosider, dia cakap (dah pakcik dah) die tepaksa sebab arahan dari atasan. So nak taknak aku folow je dorang, motor aku ade sorang anggota yang bawakan ke balai.

Debaran Di Balai Polis

Semasa dalam peronda, alhamdulillah aku tidak di gari, mungkin sebab aku menunjukan kerjasama yang baik. Dalam peronda aku sempat lagi borak-borak dengan dorang sambil aku call sepupu aku yang tak bertugas pada malam ni untuk datang bantu aku setakat yang boleh (belum pun aku minta tolong dia dah marah-marahkan aku, yelah sebelum ni dia dah worning jangan cari pasal kat putrajaya). Sampai di balai polis aku di ambil report, sambil-sambil itu sahabat aku dari desa pinggiran sampai (dia datang sebagai bukti bahawa aku baru berjumpa dia… huhu kasihan kat dia) pada masa yang sama juga sepupu aku sampai dengan wajah foyoonya.

Selepas report aku diambil oleh anggota peronda, aku dimaklumkan akan di soal siasat oleh ketua SB (berpangkat cek) alasannya kerana aku memiliki risalah PAS. Time tu Allah saja yang tahu, dengan kesejutkan aircond dan gemuruhnya aku, lolai rasa dibuatnya. Lalu cuba untuk tenangkan diri, aku minta pergi ke tandas untuk buang air dan berwuduk. Alhamdulillah, dengan izinNya, lepas baca-baca sikit, hatiku rasa tenang dan yakin sedikit. Setiap soalan yang SB tanya aku jawab dengan yakin. aku stil cakap aku datang dari kelantan just untuk cari rezeki kebetulan ada orang ofer untuk ambil upah jahit bendera dan tebang buloh, aku buatlah, dapat duit poket sikit. Cuma aku mengakulah, tindakan aku ni salah sebab aku membawa senjata membahaya di malam hari.

Than bila SB tanya aku kerja dekat mana, aku tunjukan bukti bahawa aku agen takaful ikhlas sambil siap aku promate kat dia kalau ingin membeli produk aku, bagitaulah nanti. Manakala bat-C 20, tu aku yakinkan dia bahawa aku adalah pasukan beruniform (leftenan muda) dan mustahil untuk aku telibat dengan jenayah. Apapun sekarang ni, SB tu dah ada maklumat nombor telifon aku, perkejaan serta alamat rumah dekat serdang dan kampung kampung sekali. Selingan dengan itu juga si SB tu cuba nak selidik aku dengan tanya tentang program 2 hb yang lepas, aku cakap aku datang just untuk makan free je, than dia tanya samada aku kenal tak ahli-ahli pas putrajaya terutama kakitangan awam. Tapi apa yang aku jawab, aku tak kenal sangat, cam-cam muka macam tu je, sebab aku tak aktif pun pas sangat, just ambil upah untuk duit poket, pada masa sama, aku cakap aku banyak telibat dengan pas desa pinggiran (sepang) dan sri serdang, jadi semua itu adalah kawasan selangor takde kaitan dengan putrajaya. Tentang risalah itu aku cakap, itu cuma simpanan aku (beralasan risalah itu sudah expire) Tapi dia minta rislah aku setiap satu sebagai koleksi dia, so aku kasi jelah(mudahan bila dia baca nanti, akan menghadirkan hidayah buat dia). 

Lepas je selesai sesi soalsiasat aku, SB tu beritahu bahawa, pihak SB tak ada kuasa menahan aku atas sebab aku memiliki risalah-risalah ini, kecuali sekiranya aku didapati memasang bendera tanpa permit oleh PJH, tapi dalam kes ini aku di syaki penjenayah/ bersalah kerana memiliki senjata berbahaya (parang). Oleh itu dia minta maaf dekat aku sebab tak dapat tolong aku, kes aku tepaksa di ajukan ke unit tindakan jenayah dan mungkin untuk malam ni aku kena tidor dalam lokap. Masya’Allah, lalu aku menolog sendiri, ‘besok aku kerja lah, nanti heboh satu opis kalau dapat tahu aku absent sebab masuk lokap’. Lalu aku mencipta alasan, bahawa besok aku tepaksa balik kampung kerana kenduri (memang aku akan balik esok malam pun). Alhamdulillah, aku tak perlu menunggu besok pagi, dia terus call pegawai berkaitan jenayah, beberapa minit selepas itu seorang pegawai unit jenayah datang dan dia mendapatkan maklumat-maklumat tentang aku.

Perancangan Allah yang paling Hak

Alhamdulillah…. Selepas aku disoalsiasat oleh pegawai unit jenayah tadi, dia menyimpulkan aku, aku tak bersalah, parang yang aku bawa itu tidak boleh dikelaskan senjata membahaya kerana, parang aku tu, parang tak macam senjata tajam, sudah berkarat, sumbil than tak bersarung lagi. Jadi, parang aku tu dia klasifikasikan sebagai peralatan-peralatan untuk memasang bendera bagi piliharaya, cuma aku tidak mempunyai ‘pas’ yang disahkan oleh PJH. So di pihak dia boleh kosider, kesalahan ni dia maafkan sebab aku sepupu kepada sorang anggota di situ.  Lepas tu, atas budi bicara, dia arahkan aggota peronda mengambil balik kes aku ini, dan menjadikanya sekadar kes biasa tiada unsur-unsur jenayah..

 Ujian pengukur satu pertarbiyahan

Sekitar jam 4.30 pg report aku siap di ambil oleh anggota peronda, dan aku dibenarkan pulang dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah… aku berjaya hadapai ujian ini dengan redho…Insya’Allah… Aku yakin ‘kisah’ ini ada satu eksperiment Dia kepada aku yang acap kali aku gelarkan diriku sebagai seorang perjuang. Alhamdulillah aku panjatkan padaNya, dengan ujian inilah aku dapat merasai sendiri sedikit ‘hidangan’ bagi perjuang-perjuang agama Nya di Malaysia.

Takbir !!!

Fastaqim kama umirta….


Responses

  1. Pasti kan betul adakah perjuangan itu Lillahi ta ‘alllah

  2. “Sesungguhnya hati yg tdk takut kpd Allah SWT tiada ertinya. Org yg hidup tanpa mengharap janji dan redha Allah SWT, sbnrnya dia tdk hidup, tetapi dia adalah org yg mati”
    🙂

  3. insya’4JJ1


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: