Posted by: aye83 | January 31, 2008

Perginya al-Fadhil SS Dato Ishak Baharom

 PENGUMUMAN
Solat jenazah ALlahyarham Dato’ Hj.Ishak Baharom akan diadakan pada Khamis, 31 January jam 10.30 pagi di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.

Pengkebumian beliau di Makam Diraja Seksyen 9, Shah Alam
(berhadapan Masjid Negeri Selangor, Shah Alam)

Belasungkawa untuk Almarhum Dato’ Ishak Baharom 
 Almarhum Dato’ Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 – 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS sehingga 2007. – mns

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah. sesungguhnya kepada Nya kami kembali. (Riwayat Muslim) 

Ya Allah! Ampunkanlah ia dan rahmatilah ia. Selamatkanlah ia dan maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah ia dengan air, salji dan hujan batu. Bersihkanlah ia daripada kesalahan sebagaimana engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran. Gantikanlah rumah yg lebih baik daripada rumahnya, keluarga yg lebih baik daripada keluarganya, pasangan yg lebih baik dari pasangannya. Masukannlah ia ke dalam syurga dan lindungilah ia daripada seksaan kubur [dan seksaan
neraka]
(Riwayat Muslim)

Ya Allah, Ampunilah orang yg hidup dan orang yg mati di antara kami, orang yg hadhir dan orang yg ghaib di antara kami, kanak-kanak dan orang yg dewasa di antara kami. Ya Allah, Sesiapa yg Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah ia atas ajaran Islam. Sesiapa yg engkau matikan di antara kami, maka matikanlah ia di atas iman. Ya Allah, Janganlah Engkau halangi kami daripada memperolehi pahalanya dan janganlah Engkau sesatkan kami sesudahnya.   (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Ya Allah, Sesungguhnya ia dalam tanggungan Mu dan perlindungan Mu. Peliharalah ia dari fitnah kubur dan seksa neraka, Engkau adalah yang menunaikan janji dan Maha benar. Ampunilah dan belas kasihanlah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.   (Riwayat Ibnu Majah dan Abu Dawud)


Responses

  1. Salam AL FATIHAH, saya amat mengkagumi Dato Ishak Baharum, semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Perginya bagaikan hilang sebutir permata yang amat berharga………boleh sy link kan blog anda ini? menarik sangat……

  2. salam akak nuriman…
    saya rasa tak perlulah akak linkkan blog saya ni… saya malu sangat, sebab artikel kat blog ni adalah copy-paste… saya cuma jadi pengumpul atau arkib..
    salam afuan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: