Posted by: aye83 | January 31, 2008

Kemenangan Adalah Melalui Kesempurnaan Berjamaah

 http://nikabduh.wordpress.com/2008/01/25/kemenangan-adalah-melalui-kesempurnaan-berjamaah/

Salam Kamunting,

Hijratur Rasul sallaLlahu alaihi wasallam adalah satu peristiwa penting di dalam perjalanan dakwah baginda untuk kita memahami sunnah kemenangan Islam yang dijanjikan Allah kepada hambaNya di muka bumi. Hijrah adalah merupakan perisytiharan kemenangan Islam yang pertama selepas menempuh kesusahan dan kesempitan bertahun – tahun di Kota Makkah.

Hijrah al Rasul tersebut dengan secara rasmi telah membina dan membentuk sebuah jamaah muslimah yang tersusun. Semasa di Makkah, para sahabat hanyalah individu – individu bersyakhsiah tinggi yang belum dibentuk dan disusun padu dalam jamaah muslimah yang mantap.

Jamaah muslimah yang terbina di Madinah itulah yang akhirnya membentuk sebuah daulah Islamiyyah yang memacu ke arah kemenangan Islam yag lebih gemilang selepas itu.

Sunnah yang jelas adalah kemenangan Islam mestilah melalui proses kesempurnaan berjamaah. Lihat, jika sebaliknya, tidakkah boleh sahaja kemenangan itu dicapai melalui kekuatan baginda sendiri sebagai seorang al Rasul yang pasti dibekal pertolongan dan kemenangan? 

Tetapi baginda seperti ‘dipaksa’ untuk membina jamaah yang membentuk barisan kekuatan sebelum mengecap janji kemenangan itu.

Juga, jika sebaliknya, tidakkah boleh sahaja kemenangan itu dicapai di Makkah dengan al Rasul terus – menerus menarik dan menambah sejumlah lagi individu yang berkaliber untuk menerima Islam, seterusnya memberontak atau merancang proses kemenangan tanpa perlu berhijrah?     

Tetapi baginda seperti  ‘dipaksa’ berhijrah demi pembinaan sebuah jamaah muslimah yang lebih tersusun dan penuh bersedia untuk kemenangan yang dijanjikan.

Begitulah sunnah yang pasti, bahawa tiada kemenangan agung untuk dikecap kecuali sesudah penyempurnaan sebuah jamaah muslimah yang tersedia untuk memikul beban perjuangan menuju kemenangan. 

Sunnah Allah untuk hambanya adalah bersebab, atau berhikmah, atau berkebenaran ( bil haq ).

Kemenangan Islam bererti kesanggupan bersama menjunjung kebenaran walau apa keadaan sekalipun. Ia sukar sekali di dunia ini dengan barisan tentera kebatilan yang begitu ramai dan bersedia sepenuhnya untuk membantah dan menghalang.

Tiada yang sanggup memikul bebanan ini kecuali individu – individu yang dibentuk  secara istimewa untuk menerima bebanan itu,  seterusnya ia dibentuk menjadi barisan yang kukuh dan padu untuk seiring sejalan menuju medan perjuangan.

Individu itu adalah individu hizbuLlah dan jamaah itu adalah juga jamaah bergelar hizbuLlah. Allah menggariskannya di dalam Al Quran.

Sesudah anda mampu memahami ini secara sepintas seperti di atas, maka anda kenalah akur dan insaf bahawa menganggotai jamaah muslimah dan seterusnya memfana’kan diri dalam sistem berjamaah adalah syarat utama untuk anda bergelar pejuang Islam yang benar dan sejati.

Jika di sana ada sedikit keuzuran yan diterima, anda setidak – tidaknya kenalah menghormati dan memandang tinggi individu yang intima’ dan bergabung di dalam jamaah muslimah.

Biarkan dulu soal jamaah PAS atau selainnya. Yang penting, ianya sebuah jamaah muslimah yang dibentuk secara benar untuk memenuhi cita – cita atau sunnah sebuah kemenangan Islam yang dijanjikan.

Ia samada anda menganggotai jamaah muslimah secara benarnya, atau anda menghormati dan menyanjung mereka yang menganggotainya secara uzurnya jika di sana dibenar sebuah keuzuran.

Berjamaah bukanlah senang. Ia susah, bahkan susah sekali. Jika anda tidak memiliki sifat – sifat jama’ie dalam diri, anda akan  dikeluarkan atau terpelanting keluar. Ketika itu, anda harus sedar anda tidak pun memiliki sifat asas milik pejuang Islam yang tulen.

Anda adalah penonton yang duduk di bangku penonton. Jika anda bersorak untuk pasukan anda, anda terpujilah. Jika anda bersumpah seranah, mengeji dan mengecam pasuan anda, anda bukanlah seorang penonton yang setia dan pro. Anda gagal di bangku sesudah anda gagal untuk dibawa masuk ke padang.

Susah berjamaah? Ya!

And perlu patuh dan akur pada arahan ketua anda. Taat pada pemimpin walaupun dia tidaklah, kadang – kadang lebih baik daripada anda.  Anda perlu akur sahaja bahawa hujjah anda mungkin ditolak, kadang – kadang sementah – mentahnya, sedang anda begitu yakin dengan kekuatan hujah anda itu. Anda harus berlapang dada. Anda perlu menerima nasihat sebelum anda beria – ia untuk menasihati orang lain.

Anda mesti sabar kerenah sahabat. Samada anda tidak sempurna atau mereka. Malah anda tidak boleh mudah merajuk atau putus asa dan putus angin. Anda mesti ‘cool‘ dan ‘relaks’ sungguh. Apatah jika di sana wujud penyakit dengki – mendengki, fitnah – memfitnah, adu domba, bodek – membodek dan segala sifat buruk yang terlarang di dalam jamaah dan masyarakat muslim.

Anda mungkin seorang yang berdisiplin, tetapi anda belum tentu boleh didisiplinkan oleh orang lain. Anda mungkin seorang yang taat pada Allah, tetapi anda belum tentu seorang yang taat kepada manusia yang anda disuruh Allah untuk taat kepadanya.

Ramai yang tidak masuk jamaah kerana tidak mahu terikat. Ini kelemahan, bukan kelebihan dan bukan satu hak. Jika ia satu kelebihan, ayuh kita memacu perjuangan ini sendiri – sendiri. Aku tak kacau engkau dan engkau tak kacau aku. Jika pula ia satu hak, ayuh kita bergerak bebas berjuang sendiri – sendiri. Ikut aku aku, ikut engkau engkau. Sendiri mahu ingat!

Beginikah makna sebuah medan perjuangan yang sengit yang didambakan kemenangan?

Tidak semua kita mampu menguasai akhlak jamaah yang mulia dan hebat ini. Jadi, tidakkah betul sekali saya mengatakan, berjamaah itu sukar sekali.

Jika anda mengimpikan kemenangan Islam, malah keredhaan Allah, sedang anda bukan ahli jamaah muslimah, maka berilah laluan buat jamaah Islam, atau gerakan Islam, atau parti Islam untuk membina dirinya.

Jikalah anda asyik mengkritik, bahkan kadang – kadang menyamakan antara jentera kejahatan dan kebaikan, antara kefasikan dan ketaqwaan, maka sebaiknyalah anda perlu malu pada diri sendiri. Anda sendiri gagal di sepak mula perjuangan. Langkah sembah yang songsang untuk mengisi episod sebuah perjuangan.

Anda berkata dan mendakwa anda menyumbang untuk kemenangan Islam. Saya bertanya, anda adalah ikatan batu -bata di bahagian mana dalam jentera perjuangan Islam? Jika anda di bahagian tamu atau dapur, saya ucapkan tahniah. Jika anda di bahagian tandas atau longkang, saya ucapkan tahniah.  Anda sesungguhnya sebahagian sebuah jamaah muslimah.

Jika anda bukanlah batu – bata dalam sebuah jamaah, berhentilah menghina dan mengjengkeli jamaah muslimah. Malulah pada diri sendiri. Anda bukan tentera kemenangan di sisi Allah.

Anda kena ingat, jamaah muslimah yang dibentuk untuk kemenangan itu tidaklah perlu sempurna seawalnya, tetapi ia mesti disempurnakan di akhirnya. Di akhir itulah kemenangan datang tanpa diduga. Kemenangan adalah daripada Allah. Allah mengurniakannya setelah Dia mengukur kesempurnaan sebuah jamaah hizbuLlah.

Allah mampu memberi kemenangan untuk RasulNya tanpa memenatkan kekasihNya itu. Tetapi itulah hakikat sunnah sebuah kemenangan. Jamaah muslimah mesti dibina. Pembinaannya mesti sempurna. Kesempurnaan memerlukan masa.

Peristiwa hijratur Rasul mengungkapkan selembar sunnah dan adat berjuang di jalan Allah.

Di Muharram al haram ini, fahamilah ini sebagai bekalan di perjalanan menuju kemenangan.

Kemenangan, walau tidak hari ini, UMNO tetap mesti dihancurkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: