Posted by: aye83 | December 28, 2007

Di sebalik wajah keibuan seorang wanita

Oleh : abuFateh‘Kalau nak pilih isteri, pilihlah perempuan yang ada wajah keibuan,’ ujar saya kepada seorang teman.

‘Kalau semata-mata yang lawa, tak semestinya dapat jadi ibu yang baik kepada anak-anak kita. Lagipun cantik lawa ni benda sementara’, pancing saya lagi.

‘Macam mana nak kenal perempuan yang ada wajah keibuan?’, umpan saya menjadi kali ini.

‘Payah jugak nak cerita, cuma kalau nak contoh anta boleh tengok pada si anu dan si anu’, ujar saya dengan memberikan 2 contoh akhawat yang ada ciri-ciri tersebut.

Ini cerita saya untuk membawa ‘fikir’ kepada seorang teman yang rasanya sudah mencapai usia patut mencari teman hidup. Terus terang saya sangat kecewa bila ada teman yang menolak calon yang dicarikan oleh saya dan isteri, semata-mata kerana rupa. Memang betul ‘nak pakai lama’ dan ‘kawin bukan sehari’, itulah alasan yang selalu diberikan. Namun sebab nak pakai lama dan kawin untuk selama-lamanya, kami akan cuba carikan yang terbaik akhlaknya. Apa pun soal jodoh bukan boleh dipaksa. Saya tak boleh marah, cuma kecewa.

Wajah keibuan? Macam mana nak kenal wanita yang ada wajah istimewa ini? Entahlah sukar untuk saya huraikan dalam bentuk tulisan, satu lagi ilmu ini bukan mudah nak dapat. Kalau diturunkan kepada ramai, kesian wanita dilabelkan oleh lelaki.

Semasa saya sekolah menengah dahulu saya suka perhatikan air muka, sikap dan perangai rakan sekelas. Kemudiannya saya akan membuat analisis berkenaan dengan personaliti mereka. Sekolah saya semuanya lelaki, tak ada perempuan, jadi buang jauh-jauh prasangka anda.

Bahan eksperimen saya untuk mengenal sikap wanita pula ialah ibu dan 2 orang kakak saya. Jadi saya tak sekodeng mana-mana. Sesiapa yang berurusan dengan saya akan sentiasa dianalisis sikap dan personaliti mereka. Hingga akhirnya saya mampu (walau tak banyak) mentafsir sikap seseorang hanya dengan wajah dan air muka sahaja. Nampak gaya lepas ni ramai yang akan takut untuk bermuamalah dengan saya. (Buat teman yang sibuk menekuni buku ‘Reading People’, jangan salah gunakan ilmu anda selepas ini)

Seminggu kemudian.

‘Ok, siapakah lagi akhawat yang berwajah keibuan?’ macam soalan exam gayanya.

Nampaknya tajuk ini ada magnetnya kepada teman saya. Soalan tidak saya jawab. Bukan hajat saya untuk melonggokkan nama-nama wanita yang berwajah keibuan untuk ‘sekadar tahu’ dan penyedap cerita para lelaki. Cetusan ‘wajah keibuan’ daripada saya sebelum ini hanya sebagai cetusan ‘fikir’ untuk yang ingin mencari.

Cerita ini saya bawa balik sebagai bualan dengan isteri di rumah. Sekadar bertanyakan isteri adakah betul terkaan saya berkenaan dengan wajah keibuan ini, atau meleset sama sekali. Maksud saya, wanita yang berwajah keibuan ini akan ada sikap seorang ibu yang baik, terutamanya pandai dalam bermuamalah dengan kanak-kanak dan pastinya ada banyak ciri-ciri keibuan yang terhimpun pada diri, sikap dan personalitinya. Jawapan isteri saya positif! Individu contoh yang saya berikan juga tepat. Jadi, teori saya selama ini ada betulnya. Tak percaya? Bukan masalah saya.Tambah isteri saya, wanita yang tak ada wajah keibuan ini biasanya cerewet, tak pandai dengan kanak-kanak (jangan bimbang, nama-nama yang berkenaan tidak disebut sama sekali oleh isteri saya, bahkan saya pun tidak berhajat untuk tahu). Teringat cerita seorang teman bila anaknya diangkat macam mayat oleh sekumpulan wanita, pada saya mereka mungkin ada rupa tapi perlu belajar sesuatu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Satu tips untuk para lelaki, cuba tengok perempuan manakah yang mampu mengendong bayi berusia sebulan dan ke bawah. Hanya wanita hebat saja mampu lakukan, ramai yang tak berani!

Buat lelaki, isteri walau sekadar cantik tapi setiap hari makan di luar, anak-anak dibesarkan oleh pembantu rumah Indonesia, rumah yang berterabur, isteri yang pemalas mungkin akan menjadi igauan anda. Tapi bukan semua wanita cantik tiada wajah keibuan, isteri saya tak kurang lawanya (jangan marah!).

Kali ini saya ingin ‘mengajak fikir’ wanita-wanita yang berkerjaya agar mempersiapkan diri dengan ilmu keibuan yang tidak diajar di universiti. Mungkin anda tiada wajah keibuan, tapi ilmu untuk menjadi seorang ibu yang baik bisa dipelajari dan ditekuni, bahkan anda mungkin menjadi ibu yang terbaik daripada mereka yang hanya ada ibu pada wajahnya.

Banyak lagi yang ingin saya coretkan, namun bimbang insan yang bernama wanita makin terguris. Buat jejaka, wajah anda bagaimana? Ada wajah kebapaan?

Fikirkan !

Lawa belum tentu punya sifat keibuan.


Responses

  1. “Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad)

    “Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri yang solehah.”
    (Hadis Riwayat Muslim)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: