Posted by: aye83 | December 11, 2007

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

 http://ulamaummah.blogspot.com

oleh ; abufateh

Kertas kerja ni saya siapkan dengan tergesa-gesa sempena dengan kursus kepimpinan ajk perubatan pada bulan lepas. Saya sajikan kepada para pembaca yang tidak bersama dalam program ini sekiranya ada kebaikkan untuk dikongsi bersama.

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

i. PENDAHULUAN

Perkembangan tamadun manusia pasti menukilkan dilayar sejarahnya bahawa sesebuah tamadun sama ada yang tunduk kepada Allah Ta’ala mahupun kufur kepadaNya terbina dengan adanya pemimpin yang berkaliber. Himpunan rakyat tanpa pemimpin yang memandu halatuju mereka hanya akan menghasilkan lautan kemelut dalam masyarakat dan negara.

Pemimpin seumpama kepala bagi jasad, mereka juga merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah bersesuaian dengan garis panduan al-Quran dan Sunnah.

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Surah al-Haj, ayat 41)

ii. DEFINISI KEPIMPINAN

“Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.”

Dalam bahasa Melayu pemimpin bermakna: mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain). (Kamus Dewan, edisi 3, hal.1037).

“To lead is to control (a group of people) to be the person who makes the decision or the most important person in the group”. (Cambrigde Dictionary of English, hal. 803).

iii. SEKITAR ISLAM DAN KEPIMPINAN

Islam memandang isu kepimpinan sebagai perkara yang besar. Sirah telah memaparkan kepada kita tindakan para sahabat r.a. berhimpun dan berbaiah memilih Abu Bakar r.a. sebagai khalifah di Saqifah Bani Sa’adah demi untuk tidak membiarkan masyarakat tanpa teraju, walaupun ketika itu jenazah baginda saw belum lagi disemadikan. Beberapa nokhah penting yang perlu kita ketahui mengenai kepimpinan menurut pandangan Islam ialah :

1. SETIAP INSAN ADALAH PEMIMPIN.

Sabda Nabi saw :

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته , الامام راع ومسئول عن رعيته , والرجل راع فى أهله ومسئول عن رعيته , والمرأة راعية فى بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها , والخادم راع فى مال سيده ومسئول عن رعيته , وكلكم راع ومسئول عن رعيته. متفق عليه

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.
(Muttafaq ‘Alaihi)

Islam menganggap setiap individu adalah pemimpin, cuma yang membezakan ialah besar atau kecil (posisi) jawatan yang dipikul. Semakin besar sesuatu jawatan maka semakin besarlah amanah yang perlu dilaksanakan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: