Posted by: aye83 | December 11, 2007

JANGANLAN TERLALU IDEALIS DALAM MEMILIH PASANGAN

oleh : abufateh

Semalam saya sempat ke bumi Mansurah sempena program Introduction1 (Perubatan Cawangan Mansurah) dan perasmian Unit Bait Muslim di sana. Tahniah buat adik-adik di sana yang berjaya melakarkan sebuah program pengukuh ukhuwwah dan penyeri faham dalam beragama. Program ini mengingatkan kembali saya kepada slot keluraga idaman yang sudah sekian lama tidak terupdate. Apa pun inilah nasihat kami kepada semua pasangan yang sedang dan masih mencari. Buat adik-adik dan teman di Mesir, sekarang bukan masanya untuk memikirkan dan melayan hati yang ingin mencintai dan dicintai, tumpukan kepada imtihan yang makin hampir menjerut leher kita. Nasihat akhir bagi yang mencari teman hidup Perbincangan kita sebelum ini telah menyentuh pelbagi topik seputar pemilihan pasangan, sama ada menurut kaca mata Islam atau pandangan umum kehendak lelaki maupun wanita terhadap pasangan pilihan hati. Akhirnya, suka kami nasihatkan kepada lelaki yang bakal bergelar suami dan wanita yang bakal begelar isteri, janganlah terlalu idealis dalam memilih pasangan.

Kita semua akur dengan selera dan kehendak naluri insan terhadap pasangan idaman. Ada yang menyenaraikan kriteria yang panjang lagi detail untuk dipenuhi oleh bakal teman hidup. Daripada tinggi dan rendah kepada hidung mancung, warna kulit, cara berjalan, air suara, kening lentik, wajah pan asia atau ala-ala eropah, semuanya disenaraikan. Itu pun belum memadai apabila negari tempat tinggal, latar belakang keluarga, tahap pendidikan, hobi, kemahiran dan segala jenis kriteria yang merimaskan untuk dipenuhi. Ada juga yang mensyaratkan perkenalan yang panjang untuk mengenal hati budi bakal pasangan, hinggakan meleret-meleret hubungan berubah menjadi maksiat. Kita sedari bahawa sifat pasangan yang dianjuran Islam merupakan satu thaqafah yang lazim diketahui umum. Bahkan lelaki yang jahat sekalipun biasanya berharap untuk mendapatkan isteri yang solehah. Namun hakikatnya pertimbangan akhlak mulia yang disarankan agama biasanya tewas apabila ukuran fizikal telah mengelabui mata. Lelaki kebiasaannya akan memilih wanita yang cantik walaupun lidahnya menuturkan keinginan mendapatkan isteri yang solehah. Solehah seorang wanita sering kali tewas bila wajah tidak semanis budi. Itu hakikatnya nafsu lelaki.

Manakala wanita lebih melihat kepada faktor rupa, material, kerjaya dan kemampuan seorang lelaki melindungnya dalam apa jua keadaan. Lelaki yang penyayang, caring sangat disukai wanita. Di sinilah solehnya seorang lelaki tewas kepada mat romeo yang pandai berlakon tika cinta mula berputik. idealis dalam pemilihan pasangan bukanlah satu halangan bersifat total. Tidak salah untuk mengharapkan calon yang lengkap serba serbi, tetapi dalam mencari dan membuat pilihan kita hendaklah lebih realistik. Terlalu mengharapkan ciri-ciri kehendak hati dipenuhi oleh bakal isteri atau suami akan menyukarkan untuk mendapatkan calon yang sesuai.

Sebelum membuat pilihan senaraikanlah sifat-sifat calon pilihan anda mengikut keutamaan, bermula daripada yang lebih penting kepada yang kurang. Anda mungkin terpaksa mengorbankan beberapa ciri-ciri tertentu yang kurang penting apabila membuat pilihan, kerana bukan semua manusia sempurna. Contohnya anda mahukan pasangan yang senegeri, putih kulitnya, peramah, ada sarjana muda dalam pengajian, 160cm tinggi dan sebagainya. Anda mungkin akan temui calon yang berkulit putih, senegeri, dan peramah tapi mungkin tingginya tidak seperti yang dihajatkan di samping kelulusan yang tidak seberapa. Tidak mustahil anda menjumpai calon yang hampir menepati kehendak hati, tetapi sememangnya sukar untuk mendapatkan calon yang seratus peratus sempurna. Terkadang kita selayaknya berlaku adil dalam menilai seseorang. Perlu kita muhasabah kelebihan dan kekurangan diri sebelum menilai bakal pasangan yang diharapakan sempurna seraba serbi. Kalau inginkan isteri sehebat Fatimah az-Zahra’ r.a. pastikan anda sebabat Ali K.A.W.

Buat lelaki ; solehkan dirimu nescaya akan datang wanita solehah untukmu. Untuk wanita ; solehahkan dirimu, lelaki soleh pasti menjadi milikmu.

fikirlah dengan matang, imiginasikan dalam minda kebahagiaan yang bersifat kekal bukannya gembira yang sementara, kerana harta, kecantikan akan hilang dimamah usia dibandingkan dengan akhlak dan kefahaman beragama yang insyaAllah akan terus mekar subur.

‘mana mungkin sebuah keluarga bahagia dibina di atas timbunan sampah sarap kemaksiatan’-ustaz Ilias Ahmad


Responses

  1. Cintailah sesuatu itu sekadarnya saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada sauatu ketika.

    Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

    (hadis)

  2. ana…

  3. article atas ni telah menarik aku untuk membaca..sbb aku mengalami masalah dalam memilih bakal pasangan atas sbb terlalu memilih..entah laa..pada pendapatku tak salah memilih kerna siapa yg kita pilih itu akan bersama dgn kita sehingga ke akhir hayat..bersambung lagi selepas mati..bukan tak boleh tapi sangat lah sukar nak menolak dunia terus atas kepentingan akhirat..dalam masa yg sama pantang jugak aku nak buang akhirat untuk dapatkan kehendak dunia..kata kata ni terlalu besar maksud nyer..hmm..anyway..just a food for though for all of us muslim and muslimah..wwslm (engineering IIUM STUDENT)

  4. jika ada sesiapa yg dapat membantu aku dlm menyelesaikan masalah ku insyaAllah akan ku doakan dia setiap hari..wslm

  5. Sesungguhnya carilah pasangan hidup sesuai dgn hatimu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: