Posted by: aye83 | December 6, 2007

Bersih berhimpun 11 Dis bantah penyambungan khidmat

GABUNGAN Pilihanaya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan satu lagi perhimpunan rakyat pada 11 Disember depan bagi membantah usaha kerajaan
menyambung perkhidmatan Pengerusi SPR Abdul Rashid Rahman.

Rashid ditetapkan bersara pada 31 Disember ini apabila umurnya mencecah had mandatori 65 tahun.

Bagaimanapun, kerajaan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.

Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November lepas oleh menteri yang menjaga undang-undang, Nazri Abdul Aziz.

Ia akan dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember ini.

Menurut satu kenyataan Bersih, perhimpunan akan diadakan pada jam 10 pagi di perkarangan bangunan Parlimen pada tarikh itu.

BN amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

Manakala sebelum itu, pada 9 Disember, ahli-ahli Majlis Peguam akan mengadakan perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia.

Perhimpunan akan dimulakan di kompleks membeli belah Sogo bermula jam 7.30 pagi. Para peguam kemudiannya akan berarak ke Pasar Seni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: